ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

17 November, 2014

Pesan ROH..


"Mati itu amatlah pasti. "
Janji Allah di dalam kitabNya yang suci, laa raiba feehi, tiada keraguan padanya lagi. Mungkin usia 26 tahun seusia saya, masih lagi dianggap muda. Masih dirasakan jauh dari masa tua dan kematian. Tidak. Itu hanyalah 'naluri penyedap hati' bagi orang-orang yang sentiasa takut menghadapi kematian, tetapi masih berani untuk leka dan tidak berusaha untuk bersedia berdepan dengan saat kepergian yang satu itu.
Ya. Memang masih banyak yang belum saya gapai dalam hidup, sepanjang 26 tahun yang penuh dugaan ini, namun saya sendiri belum pasti, masihkah ada esok untuk saya?
Cubalah untuk tidak mendidik hati kita dengan hanya gelisah memikirkan dunia. Tiada satu jaminan pun yang kita akan terus bernafas hingga esok hari, sehinggalah kita melangkaui hari itu dan seterusnya. Letakkanlah akhirat di hati kita, dan dunia hanyalah di tangan kita.


Buat diri saya yang sering lupa ini, dan anda juga, saya kongsikan bersama 'Pesan Roh' yang saya abadikan dari sebuah blog yang saya terjumpa di google.


Semoga bermanfaat..

17 September, 2014

R.I.N.D.U

بسم الله الرحمن الرحيم

R.i.n.d.u.
Masya Allah. Last update : 28 December 2011? Tudiaaaaa. Lamanya tak jenguk 'Taman Lavender' ni. Giannya nak mengarang story mory kat sini.huhu. T__T
Dua tahun yang maha sibuk.. Sibuk menghadap semua benda. Semua orang. Semua kisah. Alhamdulillah.. Dia izinkan lagi kita berjumpa di sini.

28 December, 2011

Will I Have My Soul Mate..?


Is there truly a soul mate? Someone on whom you can always depend? Someone who brings sunshines into your life. More than a lover and always a friend? When they hear their voice and know that they're safe..
It is then when a smile lights up your face. To know true love, you want to give yourself. Thoughts are of them and no one else. It matters not if the road to happiness is a bumpy ride.
As long as your soul mate is there by your side. You can handle the storms for you see sunny weather..

20 December, 2010

my friend, NESCAFE..

Tenang.
Itu saja kalam yang rasanya mampu dilafazkan buat seketika ini tatkala exam sudah pergi meninggalkan kamus hidup seorang student.
4 paper berbaki selepas cuti darurat banjir yang panjang dirasakan mampu diharungi biarpun malam, tidur dan makan seakan2 sudah tiada erti lagi sepanjang tempoh itu.
Pertama kalinya, NESCAFE dirasakan cukup berjasa buat menahan mata yang cukup tidak kuat imannya. :p
Bahaya ka benda alah tu?
Ada jugak aku terbaca posting di fesbuk tentang bahayanya NESCAFE 3 in 1.
ahh, yang ni aku buat sendiri. susu, gula, semua sendiri punya stok.
Tawakkal saja lah..
Ni ada sedikit info tentang benda alah tu yang sempat aku klik klik kat google..

12 September, 2010

سلامت هاري راي عيد الفطري

" Ramadhan telah meninggalkan kita pergi..
Sudah lumrah. Datang mesti ada perginya. Itu pasti..
Namun, satu hal yg kita belum pasti, adakah Ramadhan akan menjemput kita  menjadi tetamunya lagi di tahun2 hadapan.."
" Ya Allah..
Jemputlah aku lagi!
Kerana aku ingin menjadi tetamunya lebih baik dari tahun ini.."

03 August, 2010

" Ketika Allah Memilihmu Untukku.."





Ketika Allah Memilihmu Untukku..

Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

17 May, 2010

" Pukau.."

Pagi ini aku bangun awal dari biasa semenjak aku bergelar seorang pe'rilex' di rumah.
Ya lah.. cuti dekat 2 bulan lebih. Tapi aku x lah rilex sangat.
Cuma ada chance bangun lewat sekali sekala  saja okey? Cepat saja nak cakap aku ni malas! (~_~)
Sempena kedatangan Along dan anaknya Ipah ke pondok buruk aku, aku membawa mereka 2 beranak futhur @ breakfast di Restoren Peknga di Kg. Tok Keramat, Jitra. Alang dan Ilah pun turut tumpang 2 kaki. Ramai2 lagi seronot!
Ayah yang beria2 mengintroduce kedai tu sebenarnya. Sedap sangat ka?
Tunggulah.. Aku baru nak cerita ni.
Sampai di kedai yang femes kerana peknga itu, terus saja aku mencedok bihun+kueytiaw goreng+sambal belacan. Tengah berdiet ni, aku harus buat2 x nampak terhadap sebarang jenis juadah bernama nasik! Rupanya, kuat jugak iman aku. :p
Nak order peknga, aku dah pun pandai buat. So, x perlulah..
Depa yang lain, semua telah menjadi 'kelab peknga cicah gulai ikan'.
Semuanya pulun mencelup peknga ke dalam kuah gulai. Sempat jugak aku cubet2 peknga Ilah! Nak test sedap ke x.. Boleh tahan lah peknga dia. Patutlah orang ramai.
Ada jugak nasik kerabu dan nasik dagang. Semuanya boleh mengancam iman aku pagi itu!

Dan cerita asalnya baru nak mula.. Hehe..

Seorang wanita lingkungan 40-an muncul dari pintu kereta Wira Aerobacknya lalu terus ke meja kami.
Pelik.
Aku langsung x pernah kenal si dia itu.
" Mai minum Kak Na.." cepat saja ayah mengajak2 ayam wanita itu.
" X pala..Tima kasih ja na. Kak Na nak bungkuih saja. Ada qeja lain pulak ni.." Si dia menjawab sambil tersenyum pahit ke arah kami berlima. Mungkin pelik, seorang lelaki yang dia kenal menjamu selera bersama2 2 wanita separuh umur, satu meja pulak!
Seakan2 faham, ayah memperkenalkan kami satu persatu. Baru lah si dia itu menghulurkan salam..
" Dengaq kata, ada satu benda jadi kat Kak Na! Betoi ka Kak Na kena pukau?? " ayah berbasa-basi. Tapi penuh hati2. Bimbang si dia itu berkecik hati.
" Ya la.. Kak Na la tu. Nak cqita pun Kak Na seqam sejuk lagi ni! Teqingat! " agak pekat loghat Kedah wanita malang itu.
Lalu, dia pun terus menarik kerusi dan memulakan ceritanya.
Bihun dalam pinggan aku biarkan kembang seketika.
Telinga aku bukak luas2.
Haihh..Cerita Mak Cik Na lagi best lah....

:: New Is Baru ::



Assalamualaikum..
Hai..hallo..bertemu kembali..:)
Alhamdulillah, akhirnya kerja2 memperbaharui rupa paras belog lavender ini terlaksana jugak.
Setelah berpeluh2 menggodek itu ini, aku ketemu background yang ala2 childish ni. Pinky sangat x? Nak cari yang warna LAVENDER, tapi x ada pulak.
Nanti2lah, aku tukar lagi.