ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

27 October, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah Part 2...

CATATAN SEORANG PESALAH…





Hari : Isnin

Tarikh : 26 Oktober 2009

Tempat : Mahkamah Majistreet Jitra, Kedah

Masa : 8.30 am


************Report Polis**************


Pesalah : Anis Syuhaida Azizan


Kesalahan : 1. Membawa penumpang dengan lessen L


2. Tidak memakai topi keledar


Lokasi : Belakang Pasaraya Yawata, Jitra.



“Pagi yang cerah kini sudah gelap..”

Lirik lagu dari band Hujan itu memang sungguh kena dengan cuaca pagi ini. Tajuk lagunya, aku memang tak ingat. Kurang ambil berat, mungkin. Langit yang tadinya cerah terus bertukar mendung. Ada tanda2 hujan akan melimpahkan airnya.

Ditemani ayah dan ummi yang tak pernah jauh, aku menapak laju ke kawasan mahkamah dengan tenang. Tenang kerana suasananya jauh berbeza dengan apa yang aku jangkakan. Lebih kurang macam kita tengah tunggu turn di klinik. Sungguh, aku tak tipu. Kalau tidak, berdiri saja aku tak mampu, apatahlagi nak berjalan. Ini pertama kali aku masuk mahkamah. Namun, rasa cuak itu tetap ada memandangkan aku belum berpengalaman. Ayah nampak sangat happy, langsung tidak berkongsi rasa dengan anaknya ini. Ummi hanya diam, memang itu sikap ummi. Tak banyak bercakap macam ayah.

Alhamdulillah, hati aku sedikit terubat bilamana ada seorang petugas mahkamah yang aku kenal ~ Uncle Sander A/L Kummusamy ~. Bagi yang ingin tahu tentang Uncle ini, biarlah aku bercerita sedikit. Dia jiran yang boleh dikatakan dekat di kawasan kejiranan aku. Wife dan anak2nya jugak aku kenal. Tak kurang dengan itu, ibu mertuanya jugak turut tak ketinggalan. Bila raya, akulah orang yang ummi pilih untuk menghantar kuih2 raya ke rumah Uncle Sander. Jadi, anda boleh bayangkan sendiri lah macam mana rapatnya aku dengan familynya. Cuma tak tinggal sebumbung saja. Di mahkamah, dia bertugas sebagai Jurubahasa Tamil. Mungkin kedengaran agak tiada kena mengena dengan kes aku ini, tapi agak besar pertolongannya hari ini. Yang memang buat aku sedikit terharu. Allah memang sayangkan aku. Diketemukan aku dengan seorang lagi manusia bergelar seorang polis. Oh, rupanya tak semua polis itu zalim. ( rasanya title itu lebih sesuai diberikan kepada polis berbanding tentera ) Kebetulan, Inspektor Hasyim mempunyai hubungan yang baik dengan seorang tuan majistret di Ibu Kota, Kolumpo yang dulu pernah menjadi ketua hakim di sini. Allah benar2 mempermudahkan urusan aku hari itu. Melalui talifon, aku terus bercakap dengan tuan majistret itu. Dimintanya no.rujukan saman aku. “ Semuanya akan saya uruskan..” Itu kata2 yang aku dengar.

Lalu berbunga2lah hati aku. Wangi? Tak payah tanyalah. Hehe..

Aku dipanggil untuk masuk ke kamar perbicaraan. Nah, mulalah bergetar hebat sekeping hati. Banyak kali jugak aku menelan air liur bila mata terarah pada kandang tertuduh, peguambela, dan beberapa anggota polis sentry di situ. Ramai pesalah yang sedang duduk sambil menanti arahan, sama macam aku. Ada gadis yang sebaya aku, ada yang lebih layak dipanggil mak cik, ada anak2 remaja, budak2 sekolah, dan lelaki berbangsa Cina. Mulutku terus beristighfar panjang, membaca ayat2 penenang hati yang aku tahu. Tuan Hakim duduk di tempatnya. Betapa tinggi darjatnya di hadapan manusia pada hari itu. Seorang demi seorang tampil ke depan setelah nama dipanggil. Ada yang diarahkan masuk ke kandang tertuduh. Ada yang digari tangannya. Ada yang tunduk malu. Ada pula yang hanya berlagak selamba. Ternyata, bangsa Melayu lebih memonopoli ruangan itu berbanding bangsa2 yang lain. Ke mana maruah orang Islam? Aku? Akupun sama, tolong menambahkan kuantiti bangsa Melayu di situ.. (~_~)

Kes2 berat pun turut dibacakan juga. 2 orang lelaki lingkungan 25 tahun yang digari tangan sedia berdiri di kandang tertuduh. Muka memang muka pecah rumah. Tiada nur iman di wajah kedua2nya. Apatahlagi wajah2 hambaNya yang mendekatkan diri dengan masjid.

“ Muka-muka orang yang beriman pada hari itu berseri2, tertawa lagi bersuka ria, dan muka orang2 yang ingkar pada hari itu penuh berdebu. Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap gelita, mereka itu ialah orang2 yang kafir dan derhaka..” ~ Surah `Abasa, 38-42 ~

Mereka bersalah atas tuduhan pecah rumah dan memiliki senjata berbahaya. Lalu, mereka akan dibicarakan di mahkamah pada sidang yang lain.

Satu lagi kes yang sangat menyentuh hati wanitaku, kes seorang gadis remaja yang masih lagi bersekolah ditahan atas tuduhan memiliki dadah jenis heroin di dalam biliknya. Dia bertudung, lengkap berbaju kurung. Namun riak wajahnya kelihatan sangat bersahaja dalam mendepani situasi itu. Ketika dibacakan tuduhan ke atasnya, semua yang ada kelihatan terkejut. Maksud aku, para hadirin seperti aku. Apalah yang petugas2 mahkamah itu hairankan dengan kes seperti itu kerana setiap hari mereka berdepan dengan kes2 berat yang lain. Setelah dimohonkan bicara, gadis itu berlalu pergi. Mungkin, dia mengambil pil2 ecstacy barangkali. Pil yang semakin popular di kalangan anak2 muda yang cetek imannya.

“ Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya..” ~ Surah Al-Baqarah, 42 ~

Semakin lama, semakin kurang orang di kerusi menunggu. Tapi, nama aku masih juga disebut. Ah, tambah menggugat hati yang makin resah dengan bermacam2 andaian buruk. Astaghfirullah.. Aku mengucap panjang. Mohon kekuatan dari Maha Pemilik hati. Seketika, Tuan Hakim turun dari tempatnya dan terus berlalu. Mahkamah berehat seketika.

Akhirnya, namaku dipanggil oleh Uncle Sander, terus diarahkan untuk mengikutnya ke dalam pejabat. Lalu aku diarahkan untuk menunggu giliran di depan sebuah bilik. :: Hakim – Afzal Farez - :: Rupanya, aku dikenakan bicara di kamar hakim..

Sementelah menunggu giliran, hati aku sekali lagi diuji. Terasa amat bergetar hebat. Seorang polis tua dan seorang office boy di situ bersembang2 rancak. Sangat dekat dengan aku. Tanpa sengaja, aku terakam butir perbualan 2 insan itu. Hati berlagak tenang, namun hakikatnya ia bergolak kencang.

“ Haha, pakai tudung labuh siap stoking lagi tu Wan.. Hang jangan buat main! Hahaha..” Itu yang sempat aku dengar. Lalu terus saja aku luaskan pandangan ke sekeliling pejabat itu. Sah, memang aku lah orang yang dimaksudkan. Tak ada orang lain lagi yang berpakaian sebegitu. Terasa merah muka aku masa tu menahan marah. Ingin jugak aku menjawab sepedas mungkin, tapi bila memikirkan suasana dan masa yang tidak bertepatan, aku diam saja. Betapa beraninya hamba2 Allah itu mempersendakan tuntutanNya. Biar Allah saja yang membalasnya. Seketika, nama aku dipanggil.

Aku terus masuk. Hakim yang tadinya duduk di tempat tingginya kini duduk di depan aku. Tuduhan dibacakan oleh peguam yang bertugas, dan terus ditanyakan rayuan yang ingin aku mohonkan. Setelah meluahkan apa yang dirasakan perlu, hakim terus membacakan denda kompaun yang perlu aku selesaikan. Mungkin menyedari raut muka aku yang agak cuak dari tadi, tuan hakim itu menceriakan suasana dengan lawaknya yang selamba, namun ala kadar. Bila rayuan supaya denda aku dikurangkan diterima, cepat pulak dia mencelah.
 “ Berapa ringgit awak bawak hari ni?” Aku cuma senyum dan terus jawab, “ tanya mak saya lah..” sekadar respon. Tak taulah patut ke tak aku buat macam tu.

Berakhirlah kes saman aku dengan denda RM60. Suka aku tambahkan ‘sahaja’ di belakangnya. Murah. Memang murah untuk kesalahan2 aku tu. Tak tau macam mana aku nak ucupkan syukur untuk semua yang berlaku hari itu. Aku tak perlu berdiri di depan semua orang untuk mengaku bersalah atas tuduhan aku itu. Haha, tuduhan ke? Memang salah aku la. Tak perlu sesakkan kepala nak bayar denda mahal2. RM60. Sama nilai dengan jubah2 aku. (^_^)

………………………………………………………………………………………

Hari itu, aku hanya dibicarakan di depan hakim dunia. Juga di dalam mahkamah dunia. Di depan mereka yang punya jawatan2 penting tersendiri.

Macam mana keadaan aku di depan Hakim segala makhluk di langit dan di bumi nanti? Adakah aku akan berdiri sebagai seorang pesalah yang hanya boleh dilunaskan dengan hanya nilai RM60? Bagaimana pula timbangan amalku? Lalu, mampukah aku mohon pertolongan dari orang itu dan ini? Atau meminta belas kasihan, mungkin?

Jawapannya tentu saja tidak seindah yang diinginkan. Di sana nanti, di muka pengadilan Allah nanti, tiada seorang pun yang terdaya melarikan diri. Apatahlagi berdalih itu ini. Mulut terkunci rapat. Nah, diberikan pula kuasa dan autoriti kepada segala anggota badan yang lain untuk menjadi saksi di atas segala yang dikerjakan sewaktu hidup. Bermanfaatkah aku sebagai seorang khalifah di muka bumi dulu? Atau hidup dengan kehidupan yang penuh sia2? Allah..

Tafsirul Quran usang ayah terus aku selak. Dan ia berkata2…

“Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk2 yang ada di langit dan di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing2)..”


“Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya. Dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi2 serta saksi2, dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun..”


“Dan akan disempurnakan bagi tiap2 seorang – balasan apa yang telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang telah mereka lakukan..”


~ Surah Az-Zumar, 68-70 ~






Munajatku padaMu Tuhan


Ampuni dosa ku masa silam


Sempurnakanlah kehidupanku


Murahkanlah rezeki dengan nikmatMu


Jadikan ku hamba bertaqwa


Tiang iman untuk agama


Laailaahaillallah..


Jauhkan aku dari seksaan


Api neraka yang panas


Membakar manusia ingkar di dunia


Muhammadur Rasulullah..


Terimalah ku jadi ummatmu


Ku pohon syafaat darimu


Beratkan neraca pahala ku nanti


Aku aniaya diri sendiri selamanya


Ku tak tertanggung duka dan dosa silamku


:: Rabbani, Insaf ::

2 comments:

emmetRaxor said...

salam..
adoiiaaiiii..
apa la kena naik court..
len kali pakai topi keledar la..
tak semua perkara kita wat betul..
tapi topi keledar tu salah satu alat keselamatan yang perlu dipakai..
hati-hati sket bawak moto tu..

:: lavender :: said...

salam..
amboi,ni ASP cawangan mana plak ni?
haha..
ada gaya!;p
mmgla xsmua kita buat betul.
tapi yg polis tu mangkuk sgt knapa?
dh org habaq nk cpt, kalot ligan bus, dia xkn xblh bg chance ats budi bicara wanita..dr hati ke hati..huhs!
hangeeeeenn..:/