ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

17 May, 2010

" Pukau.."

Pagi ini aku bangun awal dari biasa semenjak aku bergelar seorang pe'rilex' di rumah.
Ya lah.. cuti dekat 2 bulan lebih. Tapi aku x lah rilex sangat.
Cuma ada chance bangun lewat sekali sekala  saja okey? Cepat saja nak cakap aku ni malas! (~_~)
Sempena kedatangan Along dan anaknya Ipah ke pondok buruk aku, aku membawa mereka 2 beranak futhur @ breakfast di Restoren Peknga di Kg. Tok Keramat, Jitra. Alang dan Ilah pun turut tumpang 2 kaki. Ramai2 lagi seronot!
Ayah yang beria2 mengintroduce kedai tu sebenarnya. Sedap sangat ka?
Tunggulah.. Aku baru nak cerita ni.
Sampai di kedai yang femes kerana peknga itu, terus saja aku mencedok bihun+kueytiaw goreng+sambal belacan. Tengah berdiet ni, aku harus buat2 x nampak terhadap sebarang jenis juadah bernama nasik! Rupanya, kuat jugak iman aku. :p
Nak order peknga, aku dah pun pandai buat. So, x perlulah..
Depa yang lain, semua telah menjadi 'kelab peknga cicah gulai ikan'.
Semuanya pulun mencelup peknga ke dalam kuah gulai. Sempat jugak aku cubet2 peknga Ilah! Nak test sedap ke x.. Boleh tahan lah peknga dia. Patutlah orang ramai.
Ada jugak nasik kerabu dan nasik dagang. Semuanya boleh mengancam iman aku pagi itu!

Dan cerita asalnya baru nak mula.. Hehe..

Seorang wanita lingkungan 40-an muncul dari pintu kereta Wira Aerobacknya lalu terus ke meja kami.
Pelik.
Aku langsung x pernah kenal si dia itu.
" Mai minum Kak Na.." cepat saja ayah mengajak2 ayam wanita itu.
" X pala..Tima kasih ja na. Kak Na nak bungkuih saja. Ada qeja lain pulak ni.." Si dia menjawab sambil tersenyum pahit ke arah kami berlima. Mungkin pelik, seorang lelaki yang dia kenal menjamu selera bersama2 2 wanita separuh umur, satu meja pulak!
Seakan2 faham, ayah memperkenalkan kami satu persatu. Baru lah si dia itu menghulurkan salam..
" Dengaq kata, ada satu benda jadi kat Kak Na! Betoi ka Kak Na kena pukau?? " ayah berbasa-basi. Tapi penuh hati2. Bimbang si dia itu berkecik hati.
" Ya la.. Kak Na la tu. Nak cqita pun Kak Na seqam sejuk lagi ni! Teqingat! " agak pekat loghat Kedah wanita malang itu.
Lalu, dia pun terus menarik kerusi dan memulakan ceritanya.
Bihun dalam pinggan aku biarkan kembang seketika.
Telinga aku bukak luas2.
Haihh..Cerita Mak Cik Na lagi best lah....

:: New Is Baru ::



Assalamualaikum..
Hai..hallo..bertemu kembali..:)
Alhamdulillah, akhirnya kerja2 memperbaharui rupa paras belog lavender ini terlaksana jugak.
Setelah berpeluh2 menggodek itu ini, aku ketemu background yang ala2 childish ni. Pinky sangat x? Nak cari yang warna LAVENDER, tapi x ada pulak.
Nanti2lah, aku tukar lagi.

04 May, 2010

:: Satu Cinta ::


Ku memohon dalam sujudku padaMu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan 
Pendirianku.. keimananku..
Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu kutinggalkan
Demi cintaku kepadaMu
Walau seribu rintangan
Yang menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini hanya padaMu..
Ku pasrahkan..
Oh Tuhan...
Selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia..
Oh Tuhan..
Jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia2..

~ Here is the latest song that i've downloaded from www.4shared.com last night.
Actually, this song was introduced by someone.. Miss Nur Hafiza ..my lil' mummy..(^_~)
Full with 'tazkirah' and full of touchness lyrics..
When i put my feeling on this song, i cried! Oh.. what a touching song lah..(T__T)
Hurm..but it's possible only for the many sins of my kind..
Together, let us take to heart this song..
Maybe it could be a best medicine for our heartbreak or any sadness.. Insya Allah..:)

   Love,
:: purple lavender ::