ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

16 May, 2009

"Andai Cinta Itu Hendak Diberi...."


 

” ANDAI CINTA ITU HENDAK DIBERIKAN ..”

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas.”

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
 

10 May, 2009

"Selamat Hari Ummi Sedunia.. ”



Ummi..
Anakanda masih memerlukan petunjuk..
Ke jalan kebahagiaan..
Dunia & Akhirat..
Setia mengajar erti kekuatan..
Restu & doa Ummi iringkan..
Terima kasih atas segalanya..
Jasa Ummi akan Anakanda kenang..
Kerna engkaulah Ummiku…

10 Mei 2009
Hari ini semua insan-insan istimewa bergelar Ummi, Ibu, Mak, Mama, Mok, diberikan penghormatan yang secara tak langsungnya memberikan sedikit senyuman di hati mereka. Hari Ibu tahun ni aku sambut ala kadar sahaja. Agak buntu memikirkan hadiah apa yang patut aku bagi pada Ummi kali ni. Walaupun aku tau, hatta harta setinggi gunung,emas sampai ke siku, baju 1 kontena yang aku hadiahkan sekalipun tak mampu membalas jasa Ummi selama ini. Dah hampir 21 tahun Ummi bertugas sebagai IBU untukku. Rasanya belum puas aku menikmati kasih sayang Ummi yang walaupun sudah terlalu dalam nilainya buat insan bernama anak macam aku. Sangatlah tidak benar jika aku katakan sepanjang usia aku dibesar dan dimanjakan oleh Ummi, tak pernah sekali pun aku lukakan & sakitkan hati Ummi. Mungkin juga Ummi pernah menangis sedih kerana sikap seorang anak. Atau mungkin juga Ummi hanya tersenyum bangga lantaran punya anak seperti aku & kakak-kakak yang lain? Ah...mustahil sangat tu. Ampunkan kami Ummi. Apapun yang pernah terjadi, kami terlalu ingin menjadi permata yang paling bersinar di hati Ummi. Percayalah.
" Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.."
Lalu, anak manakah yang sanggup merelakan syurga itu hilang begitu saja?
........................................................................................................................................................
Rantai tangan yang aku tempah khas untuk Ummi sudah pun siap.
Subhanallah, cantik sungguh. Halus buatannya, Patutlah akak yang karangkan butir-butir kristal ni pun nampak lembut & ayu ja. Kalau aku yang buat, mesti x jadi nih! hee..
Sengaja aku pilih kombinasi kristal purple tua+ putih. Biar nampak bangkit.. Tambah pulak, aku memang cintakan purple!;-) Harapnya aku dapat ukirkan secebis senyuman di hati Ummi nanti..

p/s: Trima kasih yang xterucap didedikasikan kepada Ummi tersayang ~ Hjh. Faridah Shaari ~ Kau wanita terhebat dlm hidupku!