ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

19 October, 2008

" Sahabat, jalan ini bukan mudah..."



Sahabat..Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabat..

Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.
Sahabat…Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.
Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.
Sungguh aku bersama mu.
Tulus,Sahabatmu tercinta

Penawar Hati Yang Duka




Alhamdulillah , segala pujian bagi Allah pencipta sekelian alam. Mengapa kita memuji?..kerana kebiasaan pujian diberikan apabila kita diberikan sesuatu yang berharga.
Apabila orang kaya membantu orang miskin, maka akan dipuji orang tersebut dengan pujian yang selayaknya. Apabila kita bantu orang bina rumah atau kita buat gotong royong, maka akan dipuji ringan tulang.Seorang ibu, bila anaknya patuh dan taat padanya, maka akan dipuji anaknya di merata tempat bahawa dia bersyukur dapat anak sebaiknya.
Siapa Patut Dipuji?
Oleh sebab itulah, kepada tuhan, Allah, kita puji dia, kita ucapkan perkataan-perkataan yang membesarkan dia kerana dalam hidup ini kita tidak pernah menguasai diri kita. Setiap perlakuan kita , Allah yang atur. Nafas, pam darah , kawalan gula dalam darah , penyerapan oksigen dalam paru-paru , sehingga membuang air pun ,Allah yang kawal.
Kita ambil contoh, jika kita yang nak kawal sendiri nafas kita, maka kita boleh kawal nafas kita tak lebih dari 5 minit kita boleh bertahan. Dan pasti, kita akan lelah lepas tu, nafas kita jadi kencang lepas tu. Maknanya di sini, kita tidak boleh kawal nafas kita sendiri. Atau kita nak cuba kawal dari membuang air besar. Maka di sini, kita boleh tahan tak lebih dari 4 hari.Kalau boleh pun, akan sampai satu masa , akan keluar juga atau perut kita akan sakit. Jadi nak tak nak, kena buang air besar jugak. Kerana padanya adalah untuk membuang benda-benda yang tak perlu pada diri kita.
Dan kalau kita nak kawal juga, setara manakah kita boleh kawal? Cuba kita perhatikan ketika kita tidur, siapakah yang mengawal diri kita, nafas, paru-paru, jantung….? maknanya secara keseluruhannya, kita satu habuk pun tak boleh mengawal diri sendiri, tetapi ada kuasa yang mengawal diri ini, itulah Allah.
Apa sifat Tuhan?
Allah ni sifatnya banyak, antaranya, dia maha pengasih, penyayang , kaya. Dan kaya Allah ni sehinggakan dia tak perlukan apa-apa dari makhluknya.
Sebagai contoh, seorang majikan , dia gajikan pekerja dia dari pukul sekian sehingga sekian. Bila pekerja tu buat apa yang disuruhnya, maka gajinya akan diberi sebanyak mana yang dijanjikan.Dan bila pekerja dia buat overtime , maka akan digandakan gajinya. Dan dia tak perlukan duit dari pekerja dia sebab dia majikan dan lebih kaya dari pekerja dia. Tapi kalau pekerja dia ponteng, buat malas, akibatnya dibuang kerja atau dipotong gaji dan sebagainya.
Begitulah Allah, bila kita buat apa yang disuruh, solat, puasa, zakat, haji, cari ilmu maka kita akan diberi ganjaran sebanyak mana yang kita buat sebab tu memang kontrak kita.Dan dila kita buat baik dengan manusia, tolong orang, sedekah, buat baik kat anak yatim, ajar orang mengaji dan lain-lain, maka ganjaran yang akan diberi akan ditingkat lagi. dan jika dalam amalan tu disertai dengan tawaduk , ikhlas , maka akan digandakan lagi.
Begitulah contoh kayanya Allah, ikut suka dia je nak bagi ganjaran banyak mana, dan kekayaan dia tak berkurang.
Sebab itulah kita memuji Allah. Dan disebabkan besarnya kepentingan puji Allah ni adalah untuk semua kebaikan dan kemudahan yang Allah bagi kat kita, maka kita diwajibkan puji Dia 17 kali sehari. Tak boleh kurang tapi lebih tak mengapa. Itulah solat 5 waktu . Dalam fatihah ni, cukup semua sekali syarat iman dan amal. Dan yang mula-mula sekali kita baca adalah Basmalah. Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi maha Penyayang. Pengasih Allah itu buat semua manusia manakala penyayang Allah itu buat golongan beriman sahaja.
Pengasih Tuhan, siapa yang buat dia akan dapat, siapa yang malas, maka dia takkan dapat. Dan penyayang Tuhan itu, diberikannya kebahagiaan, kedamaian dalam kehidupan, kelancaran , kesenangan berurusan, keberkatan rezeki.
Mengapa Sombong?
Dengan sebab semua-semua itu lah , kita tidak boleh berlaku sombong lagi takabbur dalam kehidupan kita. Kerana kita sebenarnya tiada apa-apa untuk disombongkan. Jangan kerana kita sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara , maka kita sudah sombong. Jangan kerana kita lebih cantik sikit, kita dah sombong. Jangan kerana kita kaya kita sombong kerana Allah lagi kaya. Ingat, siapa yang beri kita cantik, kaya, pintar tu semua?…. Allah.
Cuba kita renungkan ayat ini
“apakah manusia itu tidak memerhati sesungguhnya kami menciptakannya dari “nutfah” (sel yang kecil), maka dia menjadi penentang yang nyata”
Begitulah perumpamaan yang Allah bagi, setara mana kita nak sombong atas muka bumi ni? Adakah kerana hubungan kita dengan sesama rakan-rakan lebih rapat berbanding orang lain maka kita mahu sombong? atau kerana kita diberi kelebihan sikit dari orang lain maka kita nak sombong?
Ingat…bila kita nak sombong-sombong ni, kita cuba check balik, dari mana kita datang? Dahulu, kita hanyalah dari titisan air mani sahaja. Satu dari banyak-banyak sperma yang ada. Dan ianya keluar dari 2 tulang sulbi lelaki.Kemudian ia bertukar menjadi embrio, fetus dan menjadilah kita sekarang ni. Dari titisan air itu, kita diberi paras rupa, otak yang cerdik, kekayaan jiwa dan harta yang melimpah ruah. Cuba kita renungkan , siapakah yang beri semua ini??….Allah.
Siapa Penyombong Sebenar?
Dan atas muka bumi ni, orang yang paling sombong adalah orang yang tak nak sujud pada Allah!!..Itu tanda sombong paling besar. Kerana dalam solat, ada satu bahagian yang kita kena sujud pada Allah. Kepala kita letak atas tanah!!Tempat orang jalan-jalan,lalu-lalang. Dan orang yang taknak sujud ni sebab dia dah rasa cukup apa yang ada dan dia tidak perlu pada sesiapa dah. Sebab tu Allah humbankan golongan-golongan ni ke dalam neraka Allah.
Apa neraka tu? Seksaan, jeritan, laungan, kepayahan, kesusahan, kelaparan ,kehausan, kebengisan, bunyi sebatan, bunyi lolongan , kebusukan, kejijikan dan segala jenis keperitan semuanya ada di neraka.
Sebab itu, apabila kita mahu menghindar diri dari neraka , renungilah ayat ini :
“jika kamu beryukur, akan aku tambahkannya bagi kamu, jika kamu kufur, sesungguhnya azabku amat pedih!!”
Tanda kita bersyukur, kita akan membuat apa yang Allah suruh, rukun iman dan islam kita penuhi, membuat baik pada manusia ,tiada umpatan, caci maki, fitnah dan sebagainya. Tanda kita termasuk dalam kufur, kita tinggalkan apa yang Allah suruh dan kita buat apa yang dilarang.
Siapa Tuhan?
Apakah sudah kita tahu apa itu Tuhan sebelum kita berterima kasih (syukur) padanya? Tuhan itulah tempat tumpuan dan matlamat pengabdian, juga tempat kita mencari perlindungan, kepada tuhan juga tumpuan kecintaan. Tuhan sebagai pemberi rezeki juga sebagai sumber perundangan kita. Apabila kelima-lima ciri ini kita kenal siapa itu Tuhan, maka di situ kita akan dapat bersyukur pada Tuhan sekelian alam, Allah.Allah itulah tuhan.
Apabila kita tidak mengenal Tuhan maka perkara yang tidak sepatutnya berlaku.Mengenal tuhan banyak kaitan dengan iman. Tanpa pengenalan kepada Tuhan, maka iman kita tiada kemanisan, umpama gula yang tiada rasa manis garam yang tiada rasa masin.
bila terjadi bergini, lahirlah umat yang hidup pada membesarkan kehidupan dunia. Ketika ummat Islam sudah memuliakan dunia hasil dari hilangnya rasa berTuhan, maka di situ kita akan lihat kehebatan Islam akan tertarik dari mereka. Ketika ummat islam sudah meninggalkan penyeruan kepada kebaikan dan pencegahan pada kemungkaran hasil tidak kenal apa erti Tuhan, maka kita akan melihat keberkatan wahyu tiada pada umat itu. Bilakah zaman itu?…Kita sedang hidup di zaman yang dikatakan itu.
Kenapa kita tak merasa hebatnya Islam?….renung dan fikirkan.
Kenapa kita nampak dunia ni besar dan kita tak nampak akhirat ? Cubalah kita duduk dihadapan sebuah bukit, dan kita letakkan tapak tangan kita depan mata dan tengok bukit besar tu dalam keadaan tangan kita di depan mata. Confirm kita takkan nampak. Tak Nampak. Sampai esok dan bila-bila pun tak nampak. Macam tulah ibarat bila kita besarkan dunia. Kita besarkan dunia, akhirat kita tak nampak, akhirat kita tak ingat, Kebesaran Allah kita tak ingat, seksaan Allah kita lupa, kedahsyatan neraka kita lalai.
* Umar Alfateh merupakan penulis jemputan. Beliau merupakan pelajar perubatan di Russian State Medical University, Moscow. Artikel ini dipetik dari blog beliau..

06 April, 2007

When I'm Looking For A New Job...

"In The Names oF Allah..Most Merciful..Most Graceful.."

Salam secangkir tinta utk semua..
Saja aku updatekan belog aku ni. Semakin x keruan bila dilanda kebusanan yang agak melampau bila sorang2 kat rumah. Tak ada teman untuk berbicara barang sepatah dua.
Ayah dan ummi baru saja berangkat ke Tanah Suci beberapa minggu yang lalu.
Ilah dan Kak Nani sibuk belajar di tempat masing2. Kakak dengan kerjanya. Kesunyian sangat amat dirasakan.
Cuma di hamparan belog ini la aku lepaskan segala kebusanan. Nak tgk tibi? Ah, mood dah hilang ntah ke mana. Lagipun, banyak cerita2 kat tibi tu yang bertentangan dengan minat aku sejak kebelakangan ini..Dah x se'kaw' dulu.=P
Back to our main topic lah ye...
Alkisahnya, 2 bulan yang lalu ,aku dah pandai nak cari kerja.
Jawatan aku? Xlah sebesar mana. Cuma seorang Cashier di Koperasi UUM Berhad, Unimart..Bila setiap hari bergaul dengan ramai orang yang semestinya asing bagi aku, dan berdepan pulak dengan macam2 masalah dan konflik, segala rasa bosan melayang jauh. Tapi, dah memang lumrah. Setiap perkara mesti ada baik buruknya. Saban hari, makin banyak masalah yang bersilih ganti berbanding dengan benefits yang aku dapat. Finally, aku terpaksa berhenti jugak. Even bagi aku, kerja di tempat tu, mostly sangat + memang bersesuaian dengan minat aku ~ BISNES~ ditambah pulak dengan cara kerja yang seakan2 sama dengan part time job aku di Maahad dulu ~ jaga KOOP ~ . Memang aku rasa serasi sangat. Mula2 interview, aku sangat2 x yakin yang aku boleh diterima bekerja di situ. Nak pulak, cuma aku yang bertudung labuh. Bayangkan, 1st time aku berdepan dengan 'interview session' .
Ah, sungguh aku x bersedia. sehari selepas tu, aku diminta untuk lapor diri di pejabat Unimart secepat mungkin. Macam mimpi, ditambah pulak keinginan yang membuak2 untuk merasa alam pekerjaan, aku terus katakan 'ya' . Maka bermulalah hidup aku sebagai seorang pekerja @ dalam bahasa kasarnya, 'kuli'. Sepanjang aku bekerja di situ, aku menyewa di rumah sewa under UUM, atas sebab jarak yang agak jauh untuk aku berulng alik dari rumah ke UUM. Tapi aku langsung xrasa tenang dan best selama aku di situ. Mcama2 masalah yang timbul, walaupun roomate aku adalah orang yang sama2 bekerja dengan aku. Cuma yang bezanya, aku dan mereka memang x sefikrah. Mula2 aku rasa ok,tapi bila dah hampir seminggu, aku semakin tertekan. Bukan niat aku untuk mengaibkan mana2 pihak, atau nak mengaku diri aku sempurna, cuma sekadar berkongsi pengalaman dengan semua. Ambiklah sebagai iktibar...
........................................................................................
Sebagai manusia yang paling muda dalam rumah, aku cuba sedaya upaya untuk menghormati mereka yang jauh lebih tua. Rata2nya berasal dari Kedah jugak. Pada mulanya, segalanya seakan2 terkawal.
Mereka sama macama aku. Tak penah lupa solat bila tiba waktunya. Satu benda yang buat aku mula curiga, sepanjang aku menjadi sebahagian dari rumah tu, 1 naskhah Al-Quran pun aku xnampak. Heran.
Kalau ya pun x baca, biarlah ada. Nak bertanya, rasa macam x patut sangat. Sampailah 1 ketika, mereka dah makin jauh dari tuntutan rukun Islam yang kedua itu. Aku dah susah nak tengok mereka semua solat.
Apatahlagi mendendangkan Kalam Allah yang satu itu. tapi, tak pulak mereka segan bila saban waktu melihat aku mengerjakan semua itu.
Mujur saja rumah kami berdekatan dengan surau. Jadi xlah aku liat untuk bangun Subuh memandangkan tiada yang bangunkan. Gaya hidup mereka yang agak sosial buat aku mula x selesa. Tiap malam, berduaan dengan lelaki ke sana ke mari. Lewat malam baru ingat nak balik. Imej bertudung mereka juga dah hilang. Apa ke jadahnya?
Astaghfirullah.. 
Aku cuma mampu istighfar dalam hati. Segalanya sia2 bila pintu hidayah ditutup dan segala nikmatnya ditarik kembali. Aku cuba berbasa-basi sekadar yang mampu, dengan harapan mereka sedikit sedar. Sia2. Tiada hasilnya.
Di tempat kerja, lain pula halnya. X ramai kawan yang aku ada. Boleh dikatakan semuanya bukanlah golongan yang menjadikan sembahyang sebagai kewajipan mereka.
Alhamdulillah.
Masih ada lagi yang diberikan nikmat Iman dan Islam.
Bertemankan 4 orang yang boleh dikatakan sefikrah dengan aku, aku lalui hari2 dengan hati sedikit tenang, walaupun uniform yang ditetapkan menjadikan aku kurang selesa. Berseluar slack, T-Shirt lengan pendek ke paras siku, dan tudung berbidang 45 sahaja.
Alhamdulillah, sekali lagi aku terseyum lega.
Boss aku bukanlah seorang yang kejam. Beliau langsung tidak membantah bila aku menyuarakan pendapat untuk bertudung labuh.
Bidang 60. Malah dinasihatkan juga untuk aku memakai short hand. ( aku memang nak pakai pon ) memandangkan T-shirt yang hanya berlengan pendek.
Kelebihan rumah sewa kami, sewa rumah cuma RM20 seorang. Bil air, ditanggung oleh pihak UUM sepenuhnya. Hanya bil elektrik yang dicaj.
Makan?
Sendiri tanggunglah. Murah kan?
Tapi sayang. Akhlak orang2 di dalamnya sungguh x sedap dipandang.
Aku makin bimbang bila cerita2 ayah tentang pengalamannya dalam Ops Khalwat, Ops Maksiat dan bermacam2 Ops lagi yang diadakan oleh JAIK, mula berlari2 di layar fikiran.

" Kalau x buatpun, tapi kalau duduk dalam rumah yang sama, tetap dikira bersubahat! " pesan ayah.

Tanpa fikir panjang, terus aku buat permohonan untuk berhenti. Malangnya, tak diterima dengan alasan aku masih di dalam tempoh penilaian.
Untung berboskan seorang yang memahami masalah pekerjanya.
Tanpa segan silunya, aku perihalkan segala yang bersarang di hati.
Alhmdulillah..Dia sangat faham. ( x taulah kalau dia buat2 faham )
Genap sebulan aku di situ, aku kembali ke Jitra.
Sedih + rindu dengan suasana di Unimart. Kadangnya, aku jadi penterjemah kepada student2 Arab yang boleh dikatakan sudah menjadi regular customer di situ. Penguasaan Bahasa Arab aku xlah sehebat mana. Tapi cukuplah buat aku faham apa itu roti, susu, buku, sayur2an dan lain2 keperluan di dalam loghat Arab fushah. ( Bahasa Arab standard ) Kalau ditanya dalam Arab 'ammiy,( Bahasa Arab kampung ) mau berpeluh jugak aku. Tapi, aku hebat jugak kan?
Semuanya aku simpan buat pengalaman hidup.
Rupa2nya sangat susah untuk mencari sesuap nasik.
Letih.
Tertekan.
Mungkin itulah yang dilalui oleh ayah dan ummi dalam proses membesarkan  '4 Anis' mereka.
Dapat saja gaji pertama aku dalam hidup, ditambah dengan OT (overtime ) yang aku buat, agak lumayan.
Cukup dengan taraf remaja seusia aku ketika itu. Hehe..
Apa yang ingin aku sampaikan, dalam dunia yang terlalu mencabar ini, terlalu susah untuk kita mendapatkan peluang pekerjaan. Kalaupun ada, jarang yang bersesuaian dengan minat kita.
Segalanya x semudah yang kita jangka.
Untuk mendapatkan pekerjaan yang baik, ilmulah yang paling penting.
Benarlah.
" Tidak sama darjat seseorang yang berilmu itu dengan seseorang yang tidak berilmu.." 

Pesan aku, carilah rezeki dengan penuh yakin, kerana rezeki Allah ada di mana2, asalkan halal dan mendapat barakahnya..:)
wallahu`a`lam..