ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

17 May, 2010

" Pukau.."

Pagi ini aku bangun awal dari biasa semenjak aku bergelar seorang pe'rilex' di rumah.
Ya lah.. cuti dekat 2 bulan lebih. Tapi aku x lah rilex sangat.
Cuma ada chance bangun lewat sekali sekala  saja okey? Cepat saja nak cakap aku ni malas! (~_~)
Sempena kedatangan Along dan anaknya Ipah ke pondok buruk aku, aku membawa mereka 2 beranak futhur @ breakfast di Restoren Peknga di Kg. Tok Keramat, Jitra. Alang dan Ilah pun turut tumpang 2 kaki. Ramai2 lagi seronot!
Ayah yang beria2 mengintroduce kedai tu sebenarnya. Sedap sangat ka?
Tunggulah.. Aku baru nak cerita ni.
Sampai di kedai yang femes kerana peknga itu, terus saja aku mencedok bihun+kueytiaw goreng+sambal belacan. Tengah berdiet ni, aku harus buat2 x nampak terhadap sebarang jenis juadah bernama nasik! Rupanya, kuat jugak iman aku. :p
Nak order peknga, aku dah pun pandai buat. So, x perlulah..
Depa yang lain, semua telah menjadi 'kelab peknga cicah gulai ikan'.
Semuanya pulun mencelup peknga ke dalam kuah gulai. Sempat jugak aku cubet2 peknga Ilah! Nak test sedap ke x.. Boleh tahan lah peknga dia. Patutlah orang ramai.
Ada jugak nasik kerabu dan nasik dagang. Semuanya boleh mengancam iman aku pagi itu!

Dan cerita asalnya baru nak mula.. Hehe..

Seorang wanita lingkungan 40-an muncul dari pintu kereta Wira Aerobacknya lalu terus ke meja kami.
Pelik.
Aku langsung x pernah kenal si dia itu.
" Mai minum Kak Na.." cepat saja ayah mengajak2 ayam wanita itu.
" X pala..Tima kasih ja na. Kak Na nak bungkuih saja. Ada qeja lain pulak ni.." Si dia menjawab sambil tersenyum pahit ke arah kami berlima. Mungkin pelik, seorang lelaki yang dia kenal menjamu selera bersama2 2 wanita separuh umur, satu meja pulak!
Seakan2 faham, ayah memperkenalkan kami satu persatu. Baru lah si dia itu menghulurkan salam..
" Dengaq kata, ada satu benda jadi kat Kak Na! Betoi ka Kak Na kena pukau?? " ayah berbasa-basi. Tapi penuh hati2. Bimbang si dia itu berkecik hati.
" Ya la.. Kak Na la tu. Nak cqita pun Kak Na seqam sejuk lagi ni! Teqingat! " agak pekat loghat Kedah wanita malang itu.
Lalu, dia pun terus menarik kerusi dan memulakan ceritanya.
Bihun dalam pinggan aku biarkan kembang seketika.
Telinga aku bukak luas2.
Haihh..Cerita Mak Cik Na lagi best lah....
~Sabtu~
Minggu lepas, Kak Na berseorang diri memandu ke Pekan Jitra. Sampai saja, Kak Na terus meluru masuk ke Berkat Serasi Enterprise. Kedai ini menyediakan pelbagai jenis barang hantaran, barang kecantikan, dan banyak lagi. Itu saja yang aku tahu. Niatnya cuma untuk membeli beberapa gulung benang.
Mungkin dia seorang tailor, aku rasa.
Selesai segala urusannya, Kak Na terus menuju ke tempat parkir keretanya. Tak jauh dari kedai tadi.
Tiba2 sesuatu yang langsung tidak terduga berlaku!
Sungguh mengerikan ketika Kak Na ingin membuka pintu kereta, seorang lelaki bertopeng hitam menojoh @ dalam bahasa umumnya 'menusuk' pinggangnya dari arah belakang dengan menggunakan sesuatu.
Dia panik! Mungkin pistol, mungkin pisau, atau mungkin juga sekadar mengacah2 menggunakan jari sahaja! Terasa darahnya sudah kering ketika itu.
Sambil menghalakan benda tadi, lelaki bertopeng itu mengarahkannya untuk masuk ke perut kereta, dan terus memandu mengikut arahannya sekiranya tidak mahu diapa2kan!
Rupanya lelaki bertopeng itu bukanlah membuat dosa besar seorang diri, tetapi bertemankan seorang lagi lelaki yang berimej serupa!
Allah.. Kak Na sudah mau pitam! Mimpikah ini?? Atau sekadar gimik di dalam rancangan Wakenabeb yang selalu dia lihat di TV3 sahaja?
Bimbang nyawanya berakhir di situ, Kak Na hanya menjadi 'Mak Turut' sahaja.. Otaknya sudah berhenti berfikir.......

.............................................................................


Kak Na mencelikkan mata luas2. Suasana masih gelap. Rupanya dia masih lagi memegang stereng keretanya. Dari jauh, cahaya suram yang menghiasi KLCC jelas kelihatan.
Sayup2 azan Subuh berkumandang.
Ya, dia kembali 'terjaga'. Seakan2 baru sedar dari satu tidur yang panjang!
Masya Allah! " Aku dah sampai KL??!" Jerit Kak Na. Dia meraup mukanya yang dia sendiri tidak tahu sudah bagaimana rupanya.
Jalan agak lengang. Azan Subuh semakin tiba di penghujungnya. Serentak itu, Kak Na kembali menjadi 'Mak Turut'.
Dia sudah hilang dalam sedar...

..........................................................................
~ Ahad ~
Cahaya matahari sudah makin tinggi.
Kak Na terjaga dari 'tidurnya' yang panjang!
Hanya dia seorang diri di situ. Di mana lelaki2 mengerikan tadi?
Dilihatnya, hanya sebidang laut yang luas membiru!
Tekaknya terasa kering. Terus saja dia mencapai botol mineral yang cuma berbaki separuh di bawah dashboard keretanya.
Ya, itu adalah lebihan air Yaasin sempena bacaan doa dan solat hajat yang diadakan di sekolah anaknya yang bakal menghadapi UPSR tahun ini.
Mujurlah ditinggalkan di dalam kereta.
Setelah meneguk sehingga ke titisan terakhir, barulah Kak Na seakan2 mulai sedar yang dia sudah jauh dari rumahnya.
Tapi di mana?
Dalam kekalutan itu, Kak Na terlihat ramai orang yang berpakaian seakan2 TLDM tidak jauh dari tempat keretanya terdampar.
Terus saja dia meluru dan bertanyakan nama tempat itu.
Rupanya mereka itu adalah anggota Polis Marin di kawasan Senggarang, Johor; berdekatan Selat Melaka!
Seakan2 mahu pengsan, dia langsung tidak percaya yang dia telah memandu hingga ke Johor!
Tanpa segan silu, Kak Na menceritakan apa yang mampu diingati kepada orang2 itu.
Tambah mengejutkan, kedua2 kaki Kak Na bengkak teruk! Mungkin kerana terlalu lama memandu... Ntahlah, dia sendiri tidak tahu..
Setelah diberi makan dan rehat secukupnya, kereta Kak Na terus ditunda hingga ke Mersing.
Di sana, adik Kak Na terus membawanya berehat di rumahnya di Pahang.
Dan barulah Kak Na menyampaikan berita pahit itu kepada suami dan anak2nya di Jitra.
Masing2 hanya mampu mengucap panjang, terkejut toksah cakaplah!
Kak Na dijemput pulang ke rumah oleh suami dan anak2nya yang terus bergegas ke Pahang.
Selama 2 hari Kak Na 'hilang', mereka cuma menyangkakan dia tidor di rumah kakaknya di Jitra. Kebiasaannya Kak Na begitu. Jadi, masing2 langsung tidak hairan, apatahlagi hendak membuat report polis!
Sampai saja di Kedah, barulah Kak Na sekeluarga merujuk kes itu kepada pihak polis.
Segala stesen minyak dan Plaza2 Tol diperiksa dengan teliti kerana kes Kak Na adalah antara kes berat di Jitra.
Siasatan polis mengesahkan memang terdapat rekod kereta Aeroback Kak Na melalui tol2 di highway menuju ke Johor, antaranya Plaza Tol Gombak.
Tambah Kak Na lagi, ada 1-2 stesen minyak yang turut sama merekodkan bahawa dia sendiri yang membayar duit minyak dan mengepam minyak sendiri di stesen minyak berkenaan!
Sungguh mengerikan..
Dengar saja pun, aku dah naik seram sejuk!
Alhamdulillah, mujur saja Kak Na selamat.
Cuma hampir RM800 wang tunai Kak Na lesap sepanjang dia menjadi 'driver' ke Johor itu.
 ...............................................................

Kak Na mengakhiri ceritanya bila peknganya sudahpun siap.
Aku menghantar Kak Na dengan ekor mata yang tidak berkelip2 seperti selalu.
Masih tergamam dan serasa mahu tersembam.
Cerita ini berdasarkan apa yang Kak Na cerita pagi tadi di depan2 kami berenam.
Cuma mungkin cerita aku lebih sedap dan lengkap bunyinya.
Bukan apa, latihan untuk aku jugak.
Dah lama x karang esei.

Sungguh. Aku pun seakan2 x percaya. Tapi itulah hakikatnya.
Bagi sesiapa yang mengenali Kak Na ini, mereka juga akan turut merasakan apa yang aku rasa.
Teringin jugak aku nak talipon Mastika.
Hantar esei aku ni untuk dipublishedkan.
Tapi, nanti confirm muka aku masuk paper.
Tak mau lah..:p

Pengalaman ngerinya dipukau 2 hari, dari Utara ke Selatan aku jadikan peringatan.
Bahayanya bila seorang perempuan keluar dari rumah tanpa ditemani sesiapa, melebihi bahayanya seorang lelaki yang masuk ke dalam hutan rimba seorang diri.
Terus terlintas di kotak ingatan aku..
Macam manalah kalau aku berada di tempat Kak Na?
Na'uzubillah hi min zaalik..
Semoga dijauhkan..:(
Namun, hanya Dia sahaja yang tahu hikmah di sebalik apa yang terjadi.
Tiada yang mustahil dalam perancangan taqdir Yang Maha Esa.
Apa saja yang Dia inginkan, maka jadilah.
Tidak kira sama ada ia melangkaui batas pemikiran manusia atau tidak.
Maha Suci Allah..
Sesunggunya Dia Maha Mengetahui Tiap2 Sesuatu di atas muka bumi ini..
Sedangkan sehelai daun yang berguguran dari pepohonNya pun Dia tahu..
Sedangkan sebutir pasir di lautan pun tidak terlepas dari pandanganNya..
Inikan pula apa yang kita kerjakan selama menjadi pelakon di atas pentas dunia ini..
Wallahua'lam..

2 comments:

emmetRaxor said...

terbaik..
beringat sebelum kena..

Muhammad Hakeem said...

Lindungilah dirimu dgn zikir2 dan doa...byk tinggalan ulama'2 silam yg boleh dijadikan panduan dan amalan...Istiqamah dalam amalan dan yakinlah dgn ALLAH insyaALLAH selamat walau dimana pun kita berada...sekalipun mengembara ke hujung dunia...=)