ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

12 September, 2010

سلامت هاري راي عيد الفطري

" Ramadhan telah meninggalkan kita pergi..
Sudah lumrah. Datang mesti ada perginya. Itu pasti..
Namun, satu hal yg kita belum pasti, adakah Ramadhan akan menjemput kita  menjadi tetamunya lagi di tahun2 hadapan.."
" Ya Allah..
Jemputlah aku lagi!
Kerana aku ingin menjadi tetamunya lebih baik dari tahun ini.."




Aidil Fitri sudah pun menjengahkan tirainya.
Dan Ramadhan pula melambai pergi dengan sayu.
Sayu meninggalkan tetamu2nya yang setia menghambakan diri dengan ibadah2 yang tak pernah putus2.
Kalau dulu, zaman kanak2, akulah antara golongan yang paling gumbira.
Tak perlu sibuk2 pasang langsir rumah.
Tak perlu susah payah buka daun palas.
Tak perlu pening2 nak prepare baju raya.
Semuanya tidak perlu.
Kerana aku kanak2 yang hanya tahu raya adalah hari di mana tamatnya ibadah puasa yang meletihkan.
Segala keperluan sudah disediakan oleh ummi secukupnya.
Walau sederhana, namun terlalu istimewa dengan cara ummi yang tersendiri.
Itupun sudah cukup membuatkan aku tersenyum tanpa kata..

Sekarang zamanku sudah nyata berubah.
Dewasa.
Ya, itulah aku yang sekarang.
Bukan lagi seorang anak kecil yang minta dibelikan itu ini.
Segalanya perlu dilakukan sendiri.
Sekadar meringankan beban ummi.
Juga sekadar satu pelajaran bagiku untuk kehidupan rumahtanggaku nanti.

Seperti terkena sumpahan, persiapan raya di rumah sudah pasti disiapkan di malam raya, di mana esoknya adalah 1 Syawal!
Tidak betah rasanya jika dilakukan awal2.
Mujurlah tenaga kerja seramai 4 orang. Semuanya kuat2! :p

.....................................................................................

Pagi 1 Syawal merupakan detik2 berkumpulnya ribuan jemaah di mana2 sahaja rumah Allah di seluruh pelusuk dunia.
Tidak kira di mana, pastinya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang bagi merakamkan saat2 kesyukuran dalam hidup bila mana masih lagi diberi kesempatan olehNya bertemu 1 Syawal.
Seawal pagi, aku sudah melangkahkan kaki ke pintu masuk Masjid Al-Muttaqin.
Risau terlepas port2 yang best nanti. :P
Tidak seperti hari2 biasa, hari ini jumlah tetamunya menjangkau ratusan orang.
Semuanya segak bergaya dengan busana raya yang tersendiri.

Imam dan khatibnya juga segak dengan jubah masing2.
Solat sunat Aidil Fitri tahun ini diimamkan oleh Juara AQ 2, Anuar Hasin yang kebetulan pulang beraya di rumah mertuanya.
Khutbah raya pula dibacakan oleh imam masjid sendiri, seorang imam yang sudahpun menjangkau usia yang ke-58..
Aku sudahi solat sekadar yang mampu lantaran keadaan kesihatan yang agak terganggu.
Usai solat, khatib mula mengambil tempat di atas mimbarnya.
Tampak sedikit kelainan tahun ini dengan jubah biru gelap, berbeza dengan tahun2 yang lalu.
Sekadar putih. Namun tetap segak di mata aku..
Beliau menghabiskan satu demi satu ayat di dalam teks yang disediakan.
Teks tahun ini dikarang sendiri oleh Syeikh Abdullah bin Awang Sa.
Maaf.
Tidak bisa aku huraikan siapakah dia.
Kerana aku sendiri tidak cukup mengenali dia siapa..:D
Khatib terus menyusun kata2.
Sesekali, beliau menghalakan pandangan ke arah anak2 jemaahnya.
Dan khutbah itu..
Cukup berbunga2 bait2 ayat di dalamnya.
Menusuk hingga ke kamar hati yang paling dalam.
Sampai di satu ayat, beliau tidak mampu berkata2.
Sekadar bersuara di dalam tangisan.
Sempat juga aku curi2 teks khutbah beliau ketika mencoret laman ini.
Antara bait2 yang paling menyentuh hatiku dan para jemaah yang hadir..

" Ya Allah!
Kami memohon ke hadratMu
Janganlah kiranya Engkau jadikan Ramadhan tahun ini
Adalah Ramadhan yang terakhir untuk kami
Rezekikanlah kami umur yang panjang
Akal dan badan yang sihat
Agar kami dapat bertemu RamadhanMu yang akan datang..
Ya Allah!
Sekiranya telah termaktub dalam ilmuMu
Bahawa di kalangan kami ada yang akan bertemu ajal
Sebelum bertemu RamadhanMu yang akan datang..
Maka dengan maghfirahMu ampunilah segala dosa kami
Dengan rahmatMu terimalah amalan2 kami
Juga dengan rahimMu ampunilah segala dosa kami
Ibu bapa kami, anak2 kami, keluarga kami, guru2 kami
'Alim ulamak, auliyak, syuhadak, solihin dan seluruh Muslimin dan Muslimat..
Ya Allah!
Berikanlah kami cahaya hati yang bersinar
Iman yang segar
Agar kami sentiasa yakin dengan janjiMu
Agar kammi tidak mengharap kecuali kepadaMu
Agar kami lebih takut kepadaMu dari segala makhluk
Agar kami sentiasa yakin bahawa tiada sesuatu musibah yang akan menimpa kami
Kecuali dengan kehendakMu
Agar kami sentiasa yakin bahawa kami tidak akan menerima  apa juga kebaikan
Kecuali dengan kehendakMu
Agar kami akan menghabiskan saki baki umur kami
Dengan mengejar keredhaanMu
Agar hati kami redha menerima setiap ketetapan qadha' dan qadarMu
Agar kami kembali mengadapmu dengan kalimah Laailaahaillallah.."


Kalau dulu, mungkin aku hanya mendengar saja bait2 khutbah beliau sepintas lalu.
Tiada air mata, tiada rasa hiba.
Melihat beliau dan hadirin menitiskan tangis hiba, aku hanya menunduk seketika.
Tertanya2 di manakah yang sedihnya.
Dan kadangnya aku tersengguk2 keletihan.
Letih bermain bunga api semalaman.
Cerita dulu..
Zaman kanak2ku..

Oh..Masakan aku tidak sebak, kerana beliau itu adalah lelaki terhebat dalam hidupku sepanjang hayat ini..

Keraslah hati2 mereka yang tidak langsung merasakan kesedihan yang sama dirasakan oleh beliau.
Mungkinkah kita akan kembali merasakan nikmat Ramadhan dan Syawal tahun hadapan?
Maka abadikanlah diri anda sebaiknya dalam menjadi tetamunya.
Ziarahilah kaum kerabat dan sahabat handai, tumpang mereka masih ada.
Pohonlah ampun dan maaf dari semua orang.
Bersenyum2lah dengan sesiapa sahaja.
Kerana siapa tahu, mungkin itu adalah senyuman terakhir kita di Syawal kali ini..




5 tahun yang lalu..


2 tahun kemudian...



Syeikh Imam vs Syeikh Khatib..

beliau itu...


~Edisi kali ini didedikasikan khas buat tatapan Ayahanda terhormat di hati.. 
~Lain2 moment di hari raya tahun ini akan ditambah kemudian..;)



Kepada semua yang pernah menjenguk blog ini,
Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.. (^__<)
Iqlas Qaseh,
Anis Syuhaida Azizan & Keluarga..


No comments: