ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

20 December, 2010

my friend, NESCAFE..

Tenang.
Itu saja kalam yang rasanya mampu dilafazkan buat seketika ini tatkala exam sudah pergi meninggalkan kamus hidup seorang student.
4 paper berbaki selepas cuti darurat banjir yang panjang dirasakan mampu diharungi biarpun malam, tidur dan makan seakan2 sudah tiada erti lagi sepanjang tempoh itu.
Pertama kalinya, NESCAFE dirasakan cukup berjasa buat menahan mata yang cukup tidak kuat imannya. :p
Bahaya ka benda alah tu?
Ada jugak aku terbaca posting di fesbuk tentang bahayanya NESCAFE 3 in 1.
ahh, yang ni aku buat sendiri. susu, gula, semua sendiri punya stok.
Tawakkal saja lah..
Ni ada sedikit info tentang benda alah tu yang sempat aku klik klik kat google..



........................................................................

Coffee/Nescafe : Kesan2nya

Khasiat sebaik aroma
Antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

KANDUNGAN kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. JIKA orang Jepun menikmati kebaikan teh, orang Perancis mendapat khasiat daripada wain merah, orang Amerika Syarikat pula (AS) boleh berasa segar dan sihat dengan kopi.

Walaupun kopi bukanlah berasal dari negara itu, tetapi populariti minuman tersebut di AS semakin besar sehinggakan secara purata, seorang rakyatnya dikatakan mengambil lebih 200 gram kopi sehari.

Namun hakikatnya, sebelum menempa populariti di AS, kopi sebenarnya telah menjadi minuman harian di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia. 

Hari ini, populariti kopi di AS menjadi pemangkin kepada lebih banyak kajian dan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis untuk melihat kebaikan dan keburukan di sebalik minuman dari buah kopi yang berwarna kemerahan apabila masak.

Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.

Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.
Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.

Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

“Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok,” katanya.
Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari. 

“Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung,” katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.

“Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.

“Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran,” kata Vinson.


Ehem. Sejauh mana kesahihannya, anda sendiri pertimbangkan lah ye.. ;)


..........................................................................

Cuti 10 hari yang dibekalkan oleh pihak kolej x cukup rasanya.
Sangat melampau.
Nak balik rumah pun jadi kurang bersemangat.
Ahh.. nak diet pun x sempat lah dalam 10 hari tu. Tambah la nak buat itu ini.
Balik saja lah. Tunggu results keluar dengan penuh eksaitednya. (~~,)
Sudah lama tidak lalu lalang di belog ni.
Maha sibuk dengan kerja2 yang wajib dalam hidup..
26 haribulan ni dah bukak sem baru. Insya Allah, last sem untuk aku.
Kembali mengharungi hari2 yang sibuk..
Semoga sentiasa dijauhkan dari segala kesedihan dan masalah..
Ameen Ya Allah..

~ tamat sudah untuk kali ini ~ (*__*)

No comments: