ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

01 October, 2009

Kisah Aku Yang Sudah 21 Tahun...

Eid Miladi…



29092009 ~ Hari ini, Anis Syuhaida merupakan seorang hamba Allah yang berusia cukup 21 tahun. Sudah cukup besarkah aku? Jawapannya tidak. Ini kerana aku masih merasakan masih banyak yang belum aku temui dalam hidup. Masih tak terkira cita2 dan impianku yang belum tertunai. Masih tak terjawab segala persoalan yang bermain-main dalam hati ini. Tepat jam 12.00 tengah malam, 290909, berpusu-pusu sms yang masuk. Macam orang kat pasar malam pulak. Hehe.. Sungguh mengharukan bila rata-ratanya dari sahabat-sahabat lama waktu di Maahad dulu. Memang kenang aku dalam doamu betullah.


Tak kurang jugak yang tak ingat. Mungkin lupa. Tak palah,dimaafkan.


Sms birthday wishes yang paling buat aku touching, dari sahabat sekelas di zaman Maahad dulu~ Fatihyyah nama dia.


“ Hari ini hari lahirmu..


Hari bertambah lagi usiamu..


Hari ini akan bertambah juga tanggungjawabmu..


Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang…


Dek ujian yang akan mendatang..


Hari ini akan menhadi saksi ketabahan dirimu


Mengharung onak & duri..


Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya..


Semakin berkurang tempoh untuk beramal..


Semakin kubur mempersiap tempat untukmu..


Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput..


Semakin dekat masa amalan dihitung…


Dan semakin hamper haruman Firdausi @ azabnya Naaru Jahnnam..”


~ EID MILAD KE-21 ~



Entah kenapa, ayat-ayat tu hadir bersama dengan macam-macam perasaan. Insaf..
Fikirkan umurku yang makin sampai ke garisan penamatnya..Sedangkan bekalan untuk aku ke daerah sana tak seberapa. Dosa? Tak payah cakaplah. Mesti tak terhitung sepanjang 21 tahun aku hidup ni. Ighfir zunubi Ya Allah..


Siangnya, aku ke kelas dengan hati yang penuh azam-azam baru. Azam-azam yang selayaknya untuk gadis yang seusia denganku. Rasa untuk bergelar insan berjaya lebih membuak-buak berbanding sebelum ni. Bukan tak pernah, cuma keinginan tu makin bertambah. (*_<)


Ramai jugak yang wish kat aku. Dapat 1 gift dari sahabat lama yang sama-sama menjejakkan kaki ke KUIN ~ Azie ~ macam tahun lepas, ada saja yang dia bagi. Trima kasih banyak Azie. Mesti aku balas punya nanti. Insya Allah..;-) Dan sangat-sangat tak dilupakan jugak, 2 orang lagi sahabat aku yang xpernah missed bagi birthday gift untuk aku tiap kali 29 September ~ Aton & Rohani ~ comel-comel hadiah yang aku dapat. Mahal? Haha, tak taulah. Mungkin.. Paling istimewa, ingatan yang aku terima dari Kak Najian tiap tahun ~ Akak yang jauh tapi dekat dengan untaian tazkirah dan pesan nasihatnya. Ada saja kejutan yang dia buat. Syukran kathir.. Juga sahabat-sahabat yang lain, yang tak pernah lupa mendoakan kepanjangan usia dan kerahmatan hidup aku selama ini, huluran jutaan penghargaan aku hulurkan. Tak mampu aku nak sebut semuanya kat alam maya yang sempit ni..(n_n)


Tahun ni, aku dah berniat untuk buat kenduri untuk sahabat-sahabat aku. Sekali-sekala jamu mereka makan, best jugak. Disebabkan semua mengidam KFC, aku mengiyakan saja. Dah dekat setahun tak ke kedai warna merah tu. Paling rindu kat cheesy wedgesnya yang kaw sangat. Argh.. kami kan tengah boikot? Ya..memang. Tapi sejak terbaca keratan berita dalam paper 4,5 bulan lepas ~ Malaysia telah membeli saham penuh KFC Bhd ~ kami makin yakin. Boleh percaya ke? Untuk kali ni, aku percaya. Cuma melepaskan rindu. Insya Allah, lepas ni akan dikawal ketat nafsu ni. Boikot sebab takut gemuk jugak sebenarnya. Selebihnya, boleh menjimatkan pitih. Ya, itu paling penting.


Sepetang itu, kami makan sambil lewa kerana terlalu teruja untuk bergambar di premis KFC yang baru saja dirasmikan beberapa bulan lalu. Besar berbanding yang lama. Sangat tersorok dan kecil. Mungkin Kedai Borong Din lagi luas. Yang ni, buat balapan untuk lumba lari pun boleh. Haha..Tak percaya? Nah! Tengoklah..



bacaan doa yang diimamkan oleh Aton..



posing2 termahal ari itu..



sangat kenyang mereka2 ini...


19 September, 2009

~ Shopping Raya Siri 3 ~

Hari ni awal-awal pagi aku terpaksa kuatkan hati untuk bangun awal dari biasa~ 9.00 pagi~ (awal ke?)Semalam dah janji dengan ummi, nak temankan dia beli barang-barang dapur untuk raya.Isk..memang aku jarang dapat tidur dengan aman bila terdengar saja speaker ummi yang agak boleh tahan kuatnya!Nasibla dikau Ummi. Haha..
Market yang bertuah pada pagi ni,Pasar Besar SM,Alor Star.Hah..siapla kau cik market!tengoklaa macam mana kau akan diserbu nanti.Hihhih..
Baru je melangkah ke kawasan market tu..
Kuih raya?
Kek?
Ikan?
Daging?
Ayam?
Daun palas?
Seafood?
Alamak..baju raya pun ada?
Aduh..apa ni..Mana satu nak rembat dulu?
Tapi cepat-cepat aku kawal emosi ni. Ah..bukan aku yang nak shopping. Ummilah! Duit pun ntah berapa kerat sangat yang aku bawak. So,hari tu,aku setakat jamu mata saja. Selebihnya, aku hanya mintak Ummi yang belikan apa-apa yang aku rasa menggoyah naluri kanak-kanakku!(~~,)
Di satu sudut..
"Ha..mai singgah mai..Cepat!Sapa-sapa yang nak tau rahsia rendang special Chef Liza, sila rapat ke sini!Kakak-kakak makcik-makcik.Jangan malu,jangan segan!Ya.."
Oh,apa pulak ni. Ramainya manusia..Siapa Chef Liza tu?Kawasan tempat kejadian dimonopoli oleh kaum ibu khususnya. Perlukah aku lari,sebab aku masih lagi anak dara?hem,tak apalah. Pura-pura je macam dah kawin.Cepat-cepat aku maju ke depan,betul-betul di depan wanita yang mengaku dirinya Chef Liza tu.
Ya,memang tak lain dan tak bukan,memang wanita itu Chef Liza~Salah seorang Chef wanita yang famous kat Malaysia ni.(tapi masih x boleh kalahkan Chef Wan lah!) Baru aku ingat,makcik ni selalu je muncul dalam tv. Wah..hari ni aku jumpak selebriti ah!
Mungkin dah memang peel seorang chef, mulut punyalah laju cakap.Non-stop!Aku tengok ummi bukan main khusyuk & fokus pada resipi yang Chef Liza sebutkan ~ Rendang Special Chef Liza ~.Macam kesian pulak tengok,last-last aku record je apa yang dia cakap. Senang!Nanti mesti aku lagi terer dari ummi punya..hehe.(^_^)~ Tamat kisah Chef Liza~
Kiri kanan tanganku sangat penuh dengan beg plastik yang macam-macam warnanya. Kalau kecik-kecik dulu memang suka lah tengok. Colourful. Tapi bila dah besar ni,tengok pun rasa macam nk gigit je.Geram!Takde ke palstik yang cute sikit?Haha..
Ummi borong agak sakan. Aku makin busan dan tidak tahan lagi dengan keadaan yang sangat crowded itu!(dalam kamus Oxford m/s 86= Sesak )Bergerak sikit confirm terseneqih (dalam loghat Kedah = tergesel)ngan orang lain. Laki & perempuan semua kena! Uhh..
Drai jauh,aku nampak ayah. Maka berakhirlah penderitaan aku.Segala beg-beg plastik yang berat ayah offerkan diri nak bawak. Sungguh dikau seorang ayah..My superhero!(-_^)
Antara suasana yang sempat aku rakamkan..






Rambang mata @ mata rambang..?Ntah..

 
 Tak sabar nak cari baju baru..



Semua baru sibuk nak tukar kopiah & songkok baru..



Chef Liza yang sangat sporting & spontanious..

15 September, 2009

Terpisah Kerana Terlalu Cinta...




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh… =) 
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ila antum jami`an…
Lama sgt2 dah tak create sumting dlm blog ni. Apa nak buat, kesibukan membataskan segalanya. Tazkirah kali ini,aku ambik dari majalah aku sendiri. ~Majalah ANIS. (n_n) Dalam laman 'Muhasabah Diri ‘. Karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Nampak menarik & sememangnya menarik. Istimewa untuk semua yang lebih mendambakan CINTA HAKIKI dari CINTA ILUSI… Renung2kan & selamat beramal!!!! ;-) 


                     BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAAHIM
        " Ku titipkan doa di kejauhan moga isteriku diberi kekuatan & kesabaran… "
      Sayang…aku tenang di sini kerana aku yakin kau telah mnerima hakikat ini dengan tabah & bijaksana.. Hentikan tangisanmu demi ketenanganku di perantauan ini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.. Perpisahan ini, insya Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dlm suasana yg lbih indah & manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yg indah itu. Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yg paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dgn cinta itu nanti semoga kita saling mencintai kerana Allah - cinta yg lbh suci.. Sayangku, hadapilah kenyataan ini. Aku sentiasa berdoa untukmu..
Ya Allah…
Kuatkanlah iman & taqwa isteriku…dgn Kau suburkan slalu di hatinya rasa hina,berdosa,jahil,lemah,miskin, berharap terhadap-Mu…
Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan & kesabaran dalam mendidik anak-anak kami ketika diriku berada jauh di sini..Agar di tangannyalah nanti tertempa zuriat yg soleh & solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya & sgala2nya dengan seimbang agar dia terdidik untuk mendidik..
Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya..Hiasilah kata2 dari lidahnya dengan kebenaran & kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dgn kecantikan. Berilah kecantikan & keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yg sejati… Sayang, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.. Namun lebih ramai yg terpisah kerana terlalu cinta..Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian & keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini…pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah jauhpun masih bertemu… Perpisahan ini adalah ujian yg akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Sesungguhnya, inilah cara Allah `mencantas’ pergantungan hati kita dengan yg bernama suami, isteri , ibu, bapa, anak & saudara. Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yg sangat pendek.. " Sesungguhnya, kita kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kit akan dikembalikan.. " Bersedialah utk menghadapi yg terburuk akibat perpisahan ini. Namun jgn sekali2 terputus dari berharap sesuatu yg terbaik. Doaku & doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut2 tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dgn satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin..Yang penting, bukan diperkenankan @ tidak, ttapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan & tawakkal kita menghadapi apa jua taqdirNya… Isteriku…kata Hukama : " Usah dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah dahulu ‘ beratnya ‘ iman untuk menghadapinya !! " ::

Sangat2 tersentuh hati wanitaku bila terbaca keratan coretan ini. 
Kita terlalu ghairah pada sebuah pertemuan. Manisnya terlalu sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa lisan. Hingga kita lupa pada hakikat kehidupan. Setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan. Peritnya, hanya hati yang mampu menafsirkan. Tapi sedarkah kita? Segalanya adalah dalam aturan takdirNya. Pasti ada sebab musababnya. Sebagai hamba, nikmatilah kehidupan ini selayaknya. Jangan lupa.. Kehidupan kita yang hakiki adalah di negeriNya yang abadi nanti. 
Persiapkanlah bekalan secukupnya, moga kita tidak menjadi hambaNya yang meminta2 di sana nanti..
Semoga akan ada input yang dapat diambil dari lakaran aku kali ini.
Aku perlu rehat. Dah banyak malam tak cukup tidur.
Selamat malam semua...(^_^) 

 

26 August, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...




SALAM RAMADHAN..
Wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
Sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian…adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh, minda, dan qalbu…bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
Mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi…kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru…kita cari…suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri…rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara…
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha…bersedia …meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
Maafkanlah segala dosa-dosaku
Daku hanyalah seorang insan biasa
Mencari kasih Illahi yang abadi
Duhai Ilahi….kasihanila h daku, kekallah diri ini dalam iman yang abadi
Dan hanya kepada-Mu, daku berharap

25 August, 2009

Layanan Bidadari & Bidadara Syurga..



LAYANAN BIDADARI DAN BIDADARA SYURGA..
.....بسم الله الرحمن الرحيم


Surah Al-Dukhan


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ



[51] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.



كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ



[54] Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.







Surah Thur

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ



[17] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).



مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ



[20] Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.



وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ



[24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [Round about them will serve, (devoted) to them, youths (handsome) as Pearls well-guarded]





Surah Al-Waqiah



وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ

[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);





أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ

[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),





يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ

[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. [Round about them will (serve) youths of perpetual (freshness).]





وَحُورٌ عِينٌ

[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,





كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ

[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.





Surah Al-Insan



إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا

[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur".



عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا



[6] Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.



وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا



[19] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. [And round about them will (serve) youths of perpetual (freshness): if thou seest them, thou wouldst think them scattered Pearls.]



:: Hurm..bingkisan ni aku copyright dari Laman Tinta Ilmu Jailurrashied…Best jugak, banyak ilmu2 & tazkirah dalam tu..Renung2kan dan selamat beramal…;-) ::

16 May, 2009

"Andai Cinta Itu Hendak Diberi...."


 

” ANDAI CINTA ITU HENDAK DIBERIKAN ..”

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas.”

3. Tegas Mempertahankan Maruah
Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah
Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros
Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya
Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan
Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.
8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab
Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnya
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
 

10 May, 2009

"Selamat Hari Ummi Sedunia.. ”



Ummi..
Anakanda masih memerlukan petunjuk..
Ke jalan kebahagiaan..
Dunia & Akhirat..
Setia mengajar erti kekuatan..
Restu & doa Ummi iringkan..
Terima kasih atas segalanya..
Jasa Ummi akan Anakanda kenang..
Kerna engkaulah Ummiku…

10 Mei 2009
Hari ini semua insan-insan istimewa bergelar Ummi, Ibu, Mak, Mama, Mok, diberikan penghormatan yang secara tak langsungnya memberikan sedikit senyuman di hati mereka. Hari Ibu tahun ni aku sambut ala kadar sahaja. Agak buntu memikirkan hadiah apa yang patut aku bagi pada Ummi kali ni. Walaupun aku tau, hatta harta setinggi gunung,emas sampai ke siku, baju 1 kontena yang aku hadiahkan sekalipun tak mampu membalas jasa Ummi selama ini. Dah hampir 21 tahun Ummi bertugas sebagai IBU untukku. Rasanya belum puas aku menikmati kasih sayang Ummi yang walaupun sudah terlalu dalam nilainya buat insan bernama anak macam aku. Sangatlah tidak benar jika aku katakan sepanjang usia aku dibesar dan dimanjakan oleh Ummi, tak pernah sekali pun aku lukakan & sakitkan hati Ummi. Mungkin juga Ummi pernah menangis sedih kerana sikap seorang anak. Atau mungkin juga Ummi hanya tersenyum bangga lantaran punya anak seperti aku & kakak-kakak yang lain? Ah...mustahil sangat tu. Ampunkan kami Ummi. Apapun yang pernah terjadi, kami terlalu ingin menjadi permata yang paling bersinar di hati Ummi. Percayalah.
" Sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.."
Lalu, anak manakah yang sanggup merelakan syurga itu hilang begitu saja?
........................................................................................................................................................
Rantai tangan yang aku tempah khas untuk Ummi sudah pun siap.
Subhanallah, cantik sungguh. Halus buatannya, Patutlah akak yang karangkan butir-butir kristal ni pun nampak lembut & ayu ja. Kalau aku yang buat, mesti x jadi nih! hee..
Sengaja aku pilih kombinasi kristal purple tua+ putih. Biar nampak bangkit.. Tambah pulak, aku memang cintakan purple!;-) Harapnya aku dapat ukirkan secebis senyuman di hati Ummi nanti..

p/s: Trima kasih yang xterucap didedikasikan kepada Ummi tersayang ~ Hjh. Faridah Shaari ~ Kau wanita terhebat dlm hidupku!

04 April, 2009

" When I Want To Present..."

In The Name of Allah, Most Graceful..Most Merciful…
Pagi ni,aku lwt sikit sampai kelas. Huhu, ye ke sikit?
Actually agak lewat dah..8.20 camtu la kot..Disebabkan aku siap sama2 ngan umi pg td, so aku offer nk hantaq umi ke kantornya laa.Tp bukan aku nk ckp sbb umi yg buatkan aku lmbt..Salah aku, tergaya2 sgt nk bgn pg td..(~~,) Ni la jdnya bila tidor xmncukupi waktu yg spatutnya..& then, bila smpai KUIN, kwn2 bertuah aku smuanya dah masuk klas, tambah pulak Syeikh Mamduh da masuk, cam gerun je nk melangkahkan kaki cumel ni dlm klas Hadis tu.
But actually, beliau OK je kalo lwt masuk. Aku xla gerun sgt kt beliau mcm aku takut kt Syeikh Jamil & Syeikh Ali tu..Sorry to say, i`m really scared with both of u syeikh! hihi..Daku mintak ampun.Tp bila pk ttg ihtiram, aku xjd masuk. Nmpak mcm ghairu muaddab je..and lastly aku xmasuk.huhu..
Mungkin ada hikmahnya..at least aku blh abiskan keja2 presentation aku nih..So, without wasting my time, aku sambung balik wat draft yg aku xdan nk buat smlm disebabkan terlalu blur+ketandusan idea yg kritikal! Huh.. Punyala azab smpai aku agk 10sen, last2 aku tido.Tgh mlm baru aku kalut nk wat. After considered many title @ topic, finally I chosed “ Women In Islam” as my topic! Becoz I`ll be a women 1 day ~ maybe a great women ! amin..
Alhamdulillah, segala kerumitan yg agak menguji kesabaran aku nih akhirnya terubat jgk.. Nak tau apekah kerumitan tu? Hehe..lihat di bawah :-

1)Lwt sampai kelas & ditinggalkan kwn2
2)Masa duduk kat bilik TV, tersilap parking atas air teh basi ( kurang pasti dah bapa lama ada kat situ) abis baju kotor & of cos la berbau..=(
3)Masuk klas , ngantuk sgt2.. Sampai tersengguk, tunggu time nk cium lntai ja..hiihh!
4)~ kesabaran di tahap klimaks ~ Penat2 wat slide show utk present, tiba2 file cannot read!
Huh, what’s wrong? No choice,dgn tabah & penuh keterpaksaannya, aku buat semula dr mula.. Oh..sabarlah wahai hati..
Alhamdulillah, even lewat sejam masuk kelasSir Najib, turn aku xsampai lg. Ingtkan da lps, & sir da ltk “ Absent” @ “ Not confident ” kt aku dah..
huu,time sir panggil “ Next person, Anis Syuhaida ” .. kaki cumel aku ni mcm da bengkok da..tp hentam jela! Dan hasilnya..Speech aku agk tunggang langgang.. ayark!
Langsung x dan nk ready td, xpractice pun.Macam sedih pun ada td, tp so far so good. Thanks a lot to my loyal frend ~ rohani ~ yg terlalu byk membantu & berkorban utk aku spanjang kesulitan td..huhu, mcm2 dia tlg buat utk menenangkan aku. U`re the great friend! = ) & aku bercadang utk tolong dia stakat yg mampu utk speech dia nnt..
Pukul 6.00 baru abis klas arini. Agk letih + kelaparan sbb hampir lupa nk mkn nasik td..huhu..trus p cari bnda utk dimakan kt gerai2 luaq pagaq. Sempat cekau kopok lekor favret aku = RM 2.00 & ayaq teh ais kaw punya = RM 1.00. That`s all..
Then, singgah bilik TV ~ Suaida Thailand ajak jemaah ngn dia. Kali ni aku kena tolak jadi imam.Tapi tak dala sampai jatuh. Terus pecut balik sbb langit gelap. Angin kuat sgt..( apelagi, ari nk ujanlaaaa…) & aku slamat smpai umah pukul 7.20 mlm di dalam kebahasan yg melencun.. { bahasa apakah ini? } (‘o’)getting flue..huhu..(~~,)