ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

20 October, 2009

Jamuan Raya Masjid Al-Muttaqin..

Hari itu hari Jumaat. Sisa2 Syawal masih tertinggal lagi. Terlalu cepat rasanya masa berlalu pergi. Seperti baru semalam aku berkumpul bersama ahli2 keluarga yang makin hari makin bertambah bilangannya. Paling terasa, dengan kehadiran cucu sulung Tok Ayah & Tok Ummi ~ Aqif ~
Awal2 pagi ayah dah sibuk2 call anak bongsunya ni.
"Bila nak balik? Dah la semalam tak jadi balik...
Ayah tunggu ni. Kat masjid ada buat makan2, jamuan raya. Macam2 ada..
Qugi kalau tak meqasa.." iya2 saja ayah pujuk aku dalam pelat Kedahnya yang pure! Nak termuntah katanya bila terdengar saja orang bercakap dalam loghat Selatan.
" Apa yang specialnya yah..?" Saja aku bertanya, sekadar respons.
" Ish,Macam2la.tapi yang paling kaw gulai jantung pisang la.." sambung ayah.
" Wa..best jugak tu.Ok2, Ada balik la ni jugak!Sat na..Assalamualaikum! " balas aku pendek.
.......................................................................................
Sampai di rumah, terus saja aku ajak Kak Nani & Kak Ilah ke masjid.
Sangat lapar. Itu yang berlegar2 dalam fikiran kami.
Sampai di masjid, masih ramai kaum2 ibu yang setia bergotong-royong memasak lauk tambahan untuk kaum bapa. Rata2nya aku kenal.
Sangat molek kerana kami tak perlu segan silu lagi untuk makan.
Lauk2 yang ada kebanyakannya ala2 kampung.
Tapi yang aku pelik, kenapa langsung tak kelihatan batang hidung sambal belacan?
Mungkin mereka lupa. Mungkin juga mereka sudah selesai mengerjakannya. Kalaulah betul seperti itu yang terjadi, aku sudahpun memaafkan keterlanjuran mereka itu.
Aku makan ala kadar sahaja. Ya,Allah amat tidak suka orang2 yang melampaui batas.

.

Jauh di sudut tangga masjid, kelihatan ramai jemaah2 lelaki meluru masuk ke dalam masjid. Semakin padat, tetapi masih ramai yang berlegar2 di perkarangan masjid.
Memang seperti ini kah setiap hari keadaannya setiap kali solat 5 waktu di masjid ini?
Atau cuma di hari Jumaat? Kerana apa? Rakaat solatnya cuma 2? Atau kerana kepetahan khatibnya mendeklamasikan khutbah? Sungguh aku ingin tahu.
Paling mengharukan, ada yang bersesak2 berdiri di tepi2 tembok di bawah panas terik matahari di tengah hari yang rembang! Oh, sangat syahdu aku melihat fenomena itu.




Tak kurang juga, ada yang hanya datang ke masjid untuk melepak2 sahaja.
Perkataan yang paling tepat,untuk cuci mata. Ya, cuma suka2 menggayakan koleksi baju2 melayu yang cantik di khalayak ramai, sambil mulut menggonggong puntung rokok Dunhill.

Apa nak jadi pada anak2 muda yang mengaku umat Nabi Muhammad, tapi tak pernah sedikitpun mengikuti sunnah2 Baginda?
Sengaja aku halakan lensa talifon Sony W660i yang hanya bermega pixelkan 2.0 ke arah insan2 tidak bertamadun itu. Ada yang menunduk malu, dan apa pula yang tersenyum lebar. Yang aku pasti, mereka bukanlah dari kalangan anak muda biasa, kerana sejumlah besar penyewa2 rumah di kawasan kejiranan aku ini adalah daripada IPTA dan IPTS tempatan.
Ayyuhas Syabaab...
Quumi!!

Lantas teringat aku pada pesan Luqmanul Hakim kepada anaknya :

" Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana kau selalu mencari ilmu tetapi kau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak, dia tak mampu untuk memikulnya, padahal dia masih mahu menambahkannya.."

Lalu, apalah yang hendak dihairankan meskipun mereka tergolong dari golongan insan2 yang educated. Buat semua yang membaca blog ini, doa2kanlah selalu untuk mereka. Semoga diberikan hidayah. Sesungguhnya, itulah selemah2 iman.
.........................................................
Aku, Kak Nani dan Kak Ilah terus saja menyambung kerja2 kami.
Semakin sibuk menguruskan lauk,pinggan2 dan segala macam keperluan untuk acara makan bagi kaum lelaki.
..

Sesungguhnya kaum lelaki itu banyak bedanya dengan kaum wanita. Ya, tepat sekali.
Yang paling aku dapat lihat hari itu adalah dari tabiat makannya.
Mereka sangat pulun dan menikmati setiap juadah yang disediakan sedangkan bagiku,ianya hanyalah biasa2 saja.
Tak cukup dengan sepinggan nasik, ditambahnya lagi barang sepinggan dua.
Kuantiti nasik sama banyaknya sahaja dengan kuantiti lauk-pauk. Biarlah.. Mungkin mereka baru nak membesar. Dalam bab Faraidh pun bahagian lelaki dilebihkan, inikan pulak bab makan.

Para-para jemaah..

Akhirnya, kami berhasil untuk menyiapkan segala kerja yang dikira wajib dilakukan oleh anak2 dara seusia kami. Tak menang mulut jugak kami menepis segala macam pujian dari warga2 emas yang ada di situ. Terima kasih kepada makcik2 yang dimaksudkan. Namun bukanlah itu semata2 tujuan kami. Sekadar untuk berbakti pada masyarakat, menjaga tali silaturrahim khususnya. Selebihnya, biarlah Allah saja yang menilanya.

Periuk2 giant ini kami tinggalkan khas untuk kaum2 bapak..
Dan dari jauh....
Kelihatan seorang lelaki lingkungan 50-an yang segak berjubah, tersenyum panjang..
Entah apalah yang difikirkannya..
Dan itulah Sang Ayah kepada ketiga2 anak dara tadi.........(^_^)

04 October, 2009

Titipan Istimewa Untuk Calon Zaujahku....




Bismillahirrahmanirrahim...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assolatuwassalam a’la Rasulillah
Selawat dan Salam buat Nabi Muhammad saw, Pembawa Rahmat Seluruh Alam…

Salam sejahtera buat calon zaujahku yang dihijab pertemuan olehNya sehingga detik kita disatukan dengan lafaz ijab bersaksi qabul berwali. Semoga langkahmu tangkas dengan semangat juang Islam. Walau apapun yang kita lakukan, dasarilah ia dengan memohon keredhaanNya supaya setiap langkah itu beroleh keberkatan. 

"Ya Allah, gembirakanlah aku dengan redhaMu”

Kukira untaian doa srikandi iman, Sayyidah Nafisah binti Hasan bin Zaid bin Hasan bin Ali bin Abu Thalib ini mampu menyuburkan hatimu dengan Nur KasihNya.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Telah dikhabarkan bahawa engkau adalah calon yang sekufu untukku, bakal menjadi peneman solehah bersamaku merentas becaknya denai-denai perjuangan Islam ini. InsyaAllah. Kesesuaian ini telah kupohon dalam setiap doaku padaNya, dalam setiap sujudku, dalam setiap ibadah hajat dan istikharahku selama ini. 
Tanpa jemu walaupun pertemuan itu masih dirahsiakan. Besar kurniaanNya kepada kita. Hijab itu membolehkan aku dan kau melengkapkan diri masing-masing dengan bekalan agama agar baitul muslim kita nanti tidak suram dengan Nur keimanan yang malap.
Calon zaujahku yang dirahmati,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Bukan harta yang kuperlukan, bukan keturunan yang menjadi keutamaan, bukan
kecantikan yang kuidamkan, tetapi kefasihan agamamu itu yang aku dambakan. Itulah hikmah sekufu yang menjadi asas usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak pewaris ketauhidan Islam dalam mengESAkan Allah Yang Satu.

“Hai manusia, sesungguhnya Kami ciptakan kamu dan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa–bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi maha Mengenal.” (Al-Hujarat: 13)

Sirah telah membuktikan bahawa seorang Khalifah mulia menjodohkan puteranya dengan seorang gadis penjual susu lantaran iman yang kuat menjadi benteng gadis itu daripada menderhakai Allah. Akhlak indah yang menjadi pakaian gadis suci itu membuatkan hati Khalifah terpaut. Inilah kisah yang ingin aku kongsikan denganmu wahai calon zaujahku.
Pada suatu malam Khalifah Umar Ibnu Khattab sedang membuat tinjauan terhadap rakyat-rakyatnya. Sampailah Umar ra. di sebuah rumah penduduk, ketika itu mereka sedang berbincang tentang sesuatu. Umar mendengar semua perbincangan mereka. Seorang ibu berkata kepada anak perempuannya:“Anakku bangunlah, serta campurkanlah susu itu dengan air.
Puterinya menjawab: Apakah ibu belum mendengar larangan daripada Amirul Mukminin itu?
Ibu itu bertanya lagi:“Apakah larangan Amirul Mukminin itu?”
Puterinya menjelaskan: “Wahai ibu, sesungguhnya Amirul Mukminin melarang umat Islam menjual susu yang dicampurkan dengan air”
Ibu itu berkata lagi: “Cepatlah engkau campurkan susu itu dengan air, tak usahlah kamu takut dengan Saidina Umar, kerana ia tidak melihatnya”
Puterinya menjawab: “Wahai ibuku, memang Umar ra. tidak melihat kita, tetapi Tuhan yang disembah Umar melihat kita. Maafkan saya wahai ibuku, kerana tidak dapat mematuhi permintaanmu. Saya tidak mahu menjadi orang yang munafik mematuhi perintah di hadapan orang ramai, tetapi melanggarnya apabila di belakang mereka.”
Khalifah Umar ra. yang terkenal tegas itu menjadi terharu hatinya. Umar ra. merasa bangga dengan ketaqwaan gadis miskin penjual susu tersebut. Setelah pagi, Saidina Umar memerintahkan puteranya Ashim supaya pergi ke rumah gadis tersebut.
“Wahai anakku, pergilah engkau ke sebuah rumah penduduk, di dalamnya ada gadis penjual susu, jika ia masih sendiri, pinanglah ia. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kurnia kepadamu anak yang soleh.”
Ternyata dugaan Saidina Umar ra. itu benar sekali. Ashim menikah dengan wanita yang mulia tersebut dan mendapat seorang anak perempuan yang bernama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim berkahwin dengan Abdul Aziz bin Marwan, dan mereka mendapat seorang anak lelaki yang bernama Umar bin Abdul Aziz, yang kemudian menjadi seorang khalifah yang terkenal dan bijaksana.
Jika asas baitul muslim itu kukuh, tidak mustahil ia mampu melahirkan pejuang-pejuang agamaNya yang berpedangkan taqwa dan berperisaikan iman. Di hati mereka bercahaya dengan kasih sayang Ilahi kerana mereka lahir daripada bait penyatuan dua jiwa yang hidup berbumbungkan sunnah berpelitakan al-Quran, berdindingkan wasatiah dan qanaah. Itulah hakikat sebuah baitul muslim.
Calon zaujahku yang telah dijanjikanNya ,
 

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa’:34)

Surah yang diberikan kemuliaan buatmu dan insan yang bergelar wanita. Istimewanya dirimu sehinggakan Allah menukilkan pesananNya dalam surah khusus buatmu. Dan itulah janji-janji Allah bahawa seorang wanita yang solehah itulah mutiara syurga buat suaminya walaupun kekayaan duniawi tidak terhampar di kakimu.
Maafkan aku kiranya tiada harta yang mewah, mutiara atau kilauan permata kupersembahkan dalam hidupmu. Tetapi, aku hanya mampu menjanjikan hantaran yang paling berguna untuk kita berdua sepanjang zaman. Itulah panduanNya, Qalamullah. Islam menegaskan agar ku ajar dirimu mengenal Allah, zat yang agung. Itulah kunci kesempurnaan yang hakiki.
Seringkali kau mengeluh, kau hanya insan lemah. Sedarilah bakal isteriku, kelemahanmu itu adalah kekuatan yang dikurniakan Allah buatmu. Dari kelemahan itu, terletaknya rahim yang telah melahirkan seorang Rasul, seorang Nabi, seorang abid dan juga pejuang jihad yang Allah janjikan syurga demi setitis darah mereka.
Ia lahir daripada jerih doamu, penat sabarmu dan lelah tabahmu. Akal setipis rambut, tebalkan dengan ilmu.Hati serapuh kaca,kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera,hiasilah dengan akhlak
Bantulah aku dalam mentakrifkan pernikahan ini. Semoga ia menjadi wasilah sebuah pembangunan insaniyyah yang akan menjadi khemah dakwah dan tarbiyyah.
Bakal isteriku yang dirahmati,
Titipan ini sudah sampai ke penghujungnya. Namun, doaku padamu tidak pernah berakhir. Seperti doaku padaNya, moga saf antara aku dan dirimu akan bersama-sama melalui siratulmustaqim yang lurus menuju jannahNya yang dirindui. InsyaAllah.
Andai ada ingatan darimu, pohonkan dariNya moga aku terus tegak dalam memperjuangkan kalimahNya walau dijengah mehnah lantaran zaman ini adalah pengakhiran sebuah destinasi.. Dunia sudah terlalu tua, ia hanya menanti masa.
Salam buat teman solehahku…








Titipan Istimewa Untuk Calon Zaujku..



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Assolatuwassalam, selawat dan salam buat junjungan mulia, Muhammad S.A.W, Kekasih Istimewa.
Salam Sejahtera buat calon suamiku,
Moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam..
Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini..Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.
Calon zaujku,

"Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..” 

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.
Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh arwah umi dan arwah abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah sebatang kara di dunia ini. Arwah umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

"… maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160) 

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah.
Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.
Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.
Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." 
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih) 

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1) 

Calon Suamiku yang dirahmati,

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa’:34) 

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.
Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! J Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama.
Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah.
Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im.
Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.
Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam...

Bingkisan ini aku copyrite dari extro.biz.com..( Nak mengarang macam ni aku x berbakat )
Nah, aku dedikasikan istimewa buat para2 wanita yang singgah di belog aku nih..

Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil ihtimam daripadanya…renung2kanlah..;)

01 October, 2009

Kisah Aku Yang Sudah 21 Tahun...

Eid Miladi…



29092009 ~ Hari ini, Anis Syuhaida merupakan seorang hamba Allah yang berusia cukup 21 tahun. Sudah cukup besarkah aku? Jawapannya tidak. Ini kerana aku masih merasakan masih banyak yang belum aku temui dalam hidup. Masih tak terkira cita2 dan impianku yang belum tertunai. Masih tak terjawab segala persoalan yang bermain-main dalam hati ini. Tepat jam 12.00 tengah malam, 290909, berpusu-pusu sms yang masuk. Macam orang kat pasar malam pulak. Hehe.. Sungguh mengharukan bila rata-ratanya dari sahabat-sahabat lama waktu di Maahad dulu. Memang kenang aku dalam doamu betullah.


Tak kurang jugak yang tak ingat. Mungkin lupa. Tak palah,dimaafkan.


Sms birthday wishes yang paling buat aku touching, dari sahabat sekelas di zaman Maahad dulu~ Fatihyyah nama dia.


“ Hari ini hari lahirmu..


Hari bertambah lagi usiamu..


Hari ini akan bertambah juga tanggungjawabmu..


Hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang…


Dek ujian yang akan mendatang..


Hari ini akan menhadi saksi ketabahan dirimu


Mengharung onak & duri..


Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu denganNya..


Semakin berkurang tempoh untuk beramal..


Semakin kubur mempersiap tempat untukmu..


Semakin bersedia malaikat maut datang menjemput..


Semakin dekat masa amalan dihitung…


Dan semakin hamper haruman Firdausi @ azabnya Naaru Jahnnam..”


~ EID MILAD KE-21 ~



Entah kenapa, ayat-ayat tu hadir bersama dengan macam-macam perasaan. Insaf..
Fikirkan umurku yang makin sampai ke garisan penamatnya..Sedangkan bekalan untuk aku ke daerah sana tak seberapa. Dosa? Tak payah cakaplah. Mesti tak terhitung sepanjang 21 tahun aku hidup ni. Ighfir zunubi Ya Allah..


Siangnya, aku ke kelas dengan hati yang penuh azam-azam baru. Azam-azam yang selayaknya untuk gadis yang seusia denganku. Rasa untuk bergelar insan berjaya lebih membuak-buak berbanding sebelum ni. Bukan tak pernah, cuma keinginan tu makin bertambah. (*_<)


Ramai jugak yang wish kat aku. Dapat 1 gift dari sahabat lama yang sama-sama menjejakkan kaki ke KUIN ~ Azie ~ macam tahun lepas, ada saja yang dia bagi. Trima kasih banyak Azie. Mesti aku balas punya nanti. Insya Allah..;-) Dan sangat-sangat tak dilupakan jugak, 2 orang lagi sahabat aku yang xpernah missed bagi birthday gift untuk aku tiap kali 29 September ~ Aton & Rohani ~ comel-comel hadiah yang aku dapat. Mahal? Haha, tak taulah. Mungkin.. Paling istimewa, ingatan yang aku terima dari Kak Najian tiap tahun ~ Akak yang jauh tapi dekat dengan untaian tazkirah dan pesan nasihatnya. Ada saja kejutan yang dia buat. Syukran kathir.. Juga sahabat-sahabat yang lain, yang tak pernah lupa mendoakan kepanjangan usia dan kerahmatan hidup aku selama ini, huluran jutaan penghargaan aku hulurkan. Tak mampu aku nak sebut semuanya kat alam maya yang sempit ni..(n_n)


Tahun ni, aku dah berniat untuk buat kenduri untuk sahabat-sahabat aku. Sekali-sekala jamu mereka makan, best jugak. Disebabkan semua mengidam KFC, aku mengiyakan saja. Dah dekat setahun tak ke kedai warna merah tu. Paling rindu kat cheesy wedgesnya yang kaw sangat. Argh.. kami kan tengah boikot? Ya..memang. Tapi sejak terbaca keratan berita dalam paper 4,5 bulan lepas ~ Malaysia telah membeli saham penuh KFC Bhd ~ kami makin yakin. Boleh percaya ke? Untuk kali ni, aku percaya. Cuma melepaskan rindu. Insya Allah, lepas ni akan dikawal ketat nafsu ni. Boikot sebab takut gemuk jugak sebenarnya. Selebihnya, boleh menjimatkan pitih. Ya, itu paling penting.


Sepetang itu, kami makan sambil lewa kerana terlalu teruja untuk bergambar di premis KFC yang baru saja dirasmikan beberapa bulan lalu. Besar berbanding yang lama. Sangat tersorok dan kecil. Mungkin Kedai Borong Din lagi luas. Yang ni, buat balapan untuk lumba lari pun boleh. Haha..Tak percaya? Nah! Tengoklah..



bacaan doa yang diimamkan oleh Aton..



posing2 termahal ari itu..



sangat kenyang mereka2 ini...


19 September, 2009

~ Shopping Raya Siri 3 ~

Hari ni awal-awal pagi aku terpaksa kuatkan hati untuk bangun awal dari biasa~ 9.00 pagi~ (awal ke?)Semalam dah janji dengan ummi, nak temankan dia beli barang-barang dapur untuk raya.Isk..memang aku jarang dapat tidur dengan aman bila terdengar saja speaker ummi yang agak boleh tahan kuatnya!Nasibla dikau Ummi. Haha..
Market yang bertuah pada pagi ni,Pasar Besar SM,Alor Star.Hah..siapla kau cik market!tengoklaa macam mana kau akan diserbu nanti.Hihhih..
Baru je melangkah ke kawasan market tu..
Kuih raya?
Kek?
Ikan?
Daging?
Ayam?
Daun palas?
Seafood?
Alamak..baju raya pun ada?
Aduh..apa ni..Mana satu nak rembat dulu?
Tapi cepat-cepat aku kawal emosi ni. Ah..bukan aku yang nak shopping. Ummilah! Duit pun ntah berapa kerat sangat yang aku bawak. So,hari tu,aku setakat jamu mata saja. Selebihnya, aku hanya mintak Ummi yang belikan apa-apa yang aku rasa menggoyah naluri kanak-kanakku!(~~,)
Di satu sudut..
"Ha..mai singgah mai..Cepat!Sapa-sapa yang nak tau rahsia rendang special Chef Liza, sila rapat ke sini!Kakak-kakak makcik-makcik.Jangan malu,jangan segan!Ya.."
Oh,apa pulak ni. Ramainya manusia..Siapa Chef Liza tu?Kawasan tempat kejadian dimonopoli oleh kaum ibu khususnya. Perlukah aku lari,sebab aku masih lagi anak dara?hem,tak apalah. Pura-pura je macam dah kawin.Cepat-cepat aku maju ke depan,betul-betul di depan wanita yang mengaku dirinya Chef Liza tu.
Ya,memang tak lain dan tak bukan,memang wanita itu Chef Liza~Salah seorang Chef wanita yang famous kat Malaysia ni.(tapi masih x boleh kalahkan Chef Wan lah!) Baru aku ingat,makcik ni selalu je muncul dalam tv. Wah..hari ni aku jumpak selebriti ah!
Mungkin dah memang peel seorang chef, mulut punyalah laju cakap.Non-stop!Aku tengok ummi bukan main khusyuk & fokus pada resipi yang Chef Liza sebutkan ~ Rendang Special Chef Liza ~.Macam kesian pulak tengok,last-last aku record je apa yang dia cakap. Senang!Nanti mesti aku lagi terer dari ummi punya..hehe.(^_^)~ Tamat kisah Chef Liza~
Kiri kanan tanganku sangat penuh dengan beg plastik yang macam-macam warnanya. Kalau kecik-kecik dulu memang suka lah tengok. Colourful. Tapi bila dah besar ni,tengok pun rasa macam nk gigit je.Geram!Takde ke palstik yang cute sikit?Haha..
Ummi borong agak sakan. Aku makin busan dan tidak tahan lagi dengan keadaan yang sangat crowded itu!(dalam kamus Oxford m/s 86= Sesak )Bergerak sikit confirm terseneqih (dalam loghat Kedah = tergesel)ngan orang lain. Laki & perempuan semua kena! Uhh..
Drai jauh,aku nampak ayah. Maka berakhirlah penderitaan aku.Segala beg-beg plastik yang berat ayah offerkan diri nak bawak. Sungguh dikau seorang ayah..My superhero!(-_^)
Antara suasana yang sempat aku rakamkan..






Rambang mata @ mata rambang..?Ntah..

 
 Tak sabar nak cari baju baru..



Semua baru sibuk nak tukar kopiah & songkok baru..



Chef Liza yang sangat sporting & spontanious..

15 September, 2009

Terpisah Kerana Terlalu Cinta...




Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh… =) 
Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ila antum jami`an…
Lama sgt2 dah tak create sumting dlm blog ni. Apa nak buat, kesibukan membataskan segalanya. Tazkirah kali ini,aku ambik dari majalah aku sendiri. ~Majalah ANIS. (n_n) Dalam laman 'Muhasabah Diri ‘. Karya Ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Nampak menarik & sememangnya menarik. Istimewa untuk semua yang lebih mendambakan CINTA HAKIKI dari CINTA ILUSI… Renung2kan & selamat beramal!!!! ;-) 


                     BISMILLAHHIRRAHMAANIRRAAHIM
        " Ku titipkan doa di kejauhan moga isteriku diberi kekuatan & kesabaran… "
      Sayang…aku tenang di sini kerana aku yakin kau telah mnerima hakikat ini dengan tabah & bijaksana.. Hentikan tangisanmu demi ketenanganku di perantauan ini. Yakinlah, perpisahan sebenar bukan kerana jaraknya destinasi. Tetapi oleh retaknya hati.. Perpisahan ini, insya Allah akan menyuburkan cinta… sekiranya kita menerimanya sebagai satu didikan Allah. Yakinlah, kita akan bertemu dlm suasana yg lbih indah & manis. Perpisahan ini adalah mahar buat saat yg indah itu. Semoga perpisahan ini menguatkan jiwaku. Tiadalah ubat jiwa yg paling mujarab kecuali mencintai Allah. Dan dgn cinta itu nanti semoga kita saling mencintai kerana Allah - cinta yg lbh suci.. Sayangku, hadapilah kenyataan ini. Aku sentiasa berdoa untukmu..
Ya Allah…
Kuatkanlah iman & taqwa isteriku…dgn Kau suburkan slalu di hatinya rasa hina,berdosa,jahil,lemah,miskin, berharap terhadap-Mu…
Ya Rahim…
Berilah dia kekuatan & kesabaran dalam mendidik anak-anak kami ketika diriku berada jauh di sini..Agar di tangannyalah nanti tertempa zuriat yg soleh & solehah. Bimbinglah kemarahannya, kebijaksanaannya, kesabarannya, kelembutannya, hukumannya & sgala2nya dengan seimbang agar dia terdidik untuk mendidik..
Ya Rahman…
Maniskanlah akhlak isteriku semanis wajahnya..Hiasilah kata2 dari lidahnya dengan kebenaran & kelembutan, seperti Kau telah hiasi matanya dgn kecantikan. Berilah kecantikan & keindahan hakiki dengan limpahan taqwa yg sejati… Sayang, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.. Namun lebih ramai yg terpisah kerana terlalu cinta..Bila cinta makhluk membelakangi cinta Allah, maka cinta itu akan kehilangan daya untuk bercinta sesamanya. Ia akan layu, kesepian & keseorangan. Pada cinta yang ilusi begini…pertemuan adalah perpisahan. Tapi bila cinta itu cinta hakiki, berpisah jauhpun masih bertemu… Perpisahan ini adalah ujian yg akan menguatkan kembali ikatan perkahwinan. Sesungguhnya, inilah cara Allah `mencantas’ pergantungan hati kita dengan yg bernama suami, isteri , ibu, bapa, anak & saudara. Didikan ini sangat mahal harganya. Inilah intipati iman kita kepada satu ayat Quran yg sangat pendek.. " Sesungguhnya, kita kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kit akan dikembalikan.. " Bersedialah utk menghadapi yg terburuk akibat perpisahan ini. Namun jgn sekali2 terputus dari berharap sesuatu yg terbaik. Doaku & doamu pasti dicelahi oleh rasa bimbang takut2 tidak diperkenankan tetapi padamkanlah segalanya dgn satu keyakinan bahawa ia pasti diperkenankan. Amin..Yang penting, bukan diperkenankan @ tidak, ttapi semoga Allah tingkatkan kesabaran, keimanan & tawakkal kita menghadapi apa jua taqdirNya… Isteriku…kata Hukama : " Usah dipinta ringankan ujian, tetapi pintalah dahulu ‘ beratnya ‘ iman untuk menghadapinya !! " ::

Sangat2 tersentuh hati wanitaku bila terbaca keratan coretan ini. 
Kita terlalu ghairah pada sebuah pertemuan. Manisnya terlalu sukar untuk diterjemahkan dalam bahasa lisan. Hingga kita lupa pada hakikat kehidupan. Setiap pertemuan pasti diiringi perpisahan. Peritnya, hanya hati yang mampu menafsirkan. Tapi sedarkah kita? Segalanya adalah dalam aturan takdirNya. Pasti ada sebab musababnya. Sebagai hamba, nikmatilah kehidupan ini selayaknya. Jangan lupa.. Kehidupan kita yang hakiki adalah di negeriNya yang abadi nanti. 
Persiapkanlah bekalan secukupnya, moga kita tidak menjadi hambaNya yang meminta2 di sana nanti..
Semoga akan ada input yang dapat diambil dari lakaran aku kali ini.
Aku perlu rehat. Dah banyak malam tak cukup tidur.
Selamat malam semua...(^_^) 

 

26 August, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem...




SALAM RAMADHAN..
Wahai dikau…renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu…sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal…terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali buatmu
Sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian…adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai…sungguh khusyuk lagi tawadhu’
Tubuh, minda, dan qalbu…bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
"Innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
Mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
Oleh itu duhai Ilahi…kasihanilah daku hamba-MU ini

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru…kita cari…suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri…rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi…
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun saudara…
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha…bersedia …meminta belas-NYA
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku
Maafkanlah segala dosa-dosaku
Daku hanyalah seorang insan biasa
Mencari kasih Illahi yang abadi
Duhai Ilahi….kasihanila h daku, kekallah diri ini dalam iman yang abadi
Dan hanya kepada-Mu, daku berharap

25 August, 2009

Layanan Bidadari & Bidadara Syurga..



LAYANAN BIDADARI DAN BIDADARA SYURGA..
.....بسم الله الرحمن الرحيم


Surah Al-Dukhan


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ



[51] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa.



كَذَلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ



[54] Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.







Surah Thur

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ



[17] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).



مُتَّكِئِينَ عَلَى سُرُرٍ مَّصْفُوفَةٍ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ



[20] Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.



وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ غِلْمَانٌ لَّهُمْ كَأَنَّهُمْ لُؤْلُؤٌ مَّكْنُونٌ



[24] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [Round about them will serve, (devoted) to them, youths (handsome) as Pearls well-guarded]





Surah Al-Waqiah



وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ

[10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);





أُوْلَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ

[11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),





يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ

[17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka. [Round about them will (serve) youths of perpetual (freshness).]





وَحُورٌ عِينٌ

[22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,





كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ

[23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.





Surah Al-Insan



إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا

[5] Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: Sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur".



عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونَهَا تَفْجِيرًا



[6] Iaitu sebuah mata air (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.



وَيَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَانٌ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيْتَهُمْ حَسِبْتَهُمْ لُؤْلُؤًا مَّنثُورًا



[19] Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan. [And round about them will (serve) youths of perpetual (freshness): if thou seest them, thou wouldst think them scattered Pearls.]



:: Hurm..bingkisan ni aku copyright dari Laman Tinta Ilmu Jailurrashied…Best jugak, banyak ilmu2 & tazkirah dalam tu..Renung2kan dan selamat beramal…;-) ::