ASSALAMUALAIKUM.OSIPSIYO.KONICHIWA.HYE.:: WELCOME TO LAVENDER'S GARDEN. FROM HEART TO HEART..LET'S SPREAD THE UKHWAH!;) ::
Welcome to Lavender's Garden.. Let's spread the ukhwah! ;)Follow or Dashboard

27 October, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah...


Hari ini dalam sejarah. Bukan sejarah Malaysia, bukan juga sejarah negeri Kedah, tapi sejarah hidup seorang gadis bernama Anis Syuhaida. Buat julung2 kalinya, aku disabitkan bersalah atas 2 tuduhan saman yang melibatkan polis trafik. Dan pada hari ini, aku perlu tampil di mahkamah untuk mengaku bersalah @ tidak. Sungguh tak dapat aku bayangkan, apakah rupa keadaan yang akan aku hadapi di dalam mahkamah nanti. Selama ni, selalu tengok tv saja, bagaimana keadaannya di dalam mahkamah. Tapi, sekarang situasinya amat berbeza sekali bila aku yang berada di dalamnya.


Mengimbas kembali detik2 bermulanya kes saman yang sangat mengganggu- gugat jiwa sanubariku ini…

……………………………………………………………………………………………

20.08.2009

Malam itu malam Jumaat. Kebiasaannya, penghuni Taman Mahsuri sangat sibuk ke sana ke mari untuk melihat2 apakah yang dapat diborong di Pasar Malam pada hari itu. Padahal, segalanya sama sahaja, sama seperti minggu2 yang lalu. Kalaupun ada yang special, cumalah satey di Kedai Kak Ros yang sangat gemuk dan sesedap rasa. Juga bihun soto Johor di Kedai Pak Su yang rasanya memang sama dengan soto di Johor Bahru. Sangat memukau lidah2 yang pernah merasa. Tak lupa juga, aura Nasi Karisma di Kedai Karisma yang seakan2 nasi kandar Penang baunya. Itu saja yang mampu aku puji selain peniaga2 di situ yang sangat ramah tamah. ( orang Jitra memang begitulah )

Memandangkan hanya aku dan Kak Nani saja yang berada di rumah, jadi kami memilih untuk melaburkan saja sejumlah kecil wang kami kepada para peniaga pasar malam. Bukan malas nak masak, Cuma risau takut2 membazir sedangkan kami berdua cukup jarang membazir. ( kononnya lah ) Tak lupa, aku sempat buat kenduri satey 30 cucuk, dibahagikan sama rata seorang setengah. Dan malam itu, kami makan ala kadar sahaja. Selebihnya,aku simpan buat bekalan di dalam bas nanti. Bas? Oh ya, hampir saja aku terlupa pada klimaks kisah aku kali ini. Seperti yang dirancang, kami akan ke Putrajaya malam itu jugak. Semua yang lain terlebih dulu menunggu di sana. Semua dalam tujuan yang sama ~ Melihat rupa cucu sulung ummi dan ayah, Mohd Aqif Khalish ~

Usai solat Isyak, kami terus memecut laju kenderaan kami pada masa itu ~ Wave 125S. Lokasinya, Bank Islam di Pasaraya Yawata, setelah Maybank yang terletak bersebelahan dengan stesen bas Bandar Darul Aman OUT OF SERVICE. Kebetulan, cash yang ada di tangan aku pada masa itu hanyalah tidak lebih dari RM20 sedangkan tambang untuk ke Kajang untuk seorang sejumlah RM 45. Kalau double? Anda sajalah yang kira, kerana aku memang tidak minat Math. Kerana terlalu mengejar masa, kami tidak sempat menyambar helmet walaupun hanya 1. Lalu, hati2 kami mula bertawakkal dan berserah saja pada Tuhan, dengan harapan para petugas trafik dan JPJ tidak sihat pada malam itu. Tapi, aturanNya mengatasi segala harapan kami itu. Di celah2 kenderaan yang sedang memparking di situ, berdiri megah 5-6 orang pegawai polis. Mujur saja mereka berpakaian polis lengkap, siap dengan ‘paku2’ di bahu lagi. Kalau tidak, mungkin aku menyangkakan mereka hanya pakcik2 yang berkeliaran di situ tanpa arah sebab yang pasti. Mungkin kerana di wajah mereka langsung tidak menunjukkan riak muka yang garang, apatah lagi menyimpan misai segalak misai A.Galak di dalam slot drama Gerak Khas itu. Ahhaha..Dengan tanpa segan silunya, salah seorang dari mereka menggawang2kan tangan seperti seorang budak yang kelemasan di sungai. Serentak dengan itu, barulah minda aku mampu menangkap, ada roadblock rupanya. Dan kami ditahan. Waktu itu, segala kepasrahan terus terbit dari benak dan hati. Terkejut tidak, sedih pun tidak. Yang ada di dalam otak aku masa tu, cuma tiket yang belum dibeli. Masa yang berbaki hanya beberapa puluh minit saja lagi. Setelah disoal siasat selama kira2 10 minit dengan soalan2 yang telah aku siapkan jawapannya, tindakan terakhir yang membuatkan aku tiada peluang lagi untuk membela diri dikenakan. Ya, tepat. Surat saman dikeluarkan dan dengan rasa hati yang sedikit tercalar, aku menurunkan signature di situ. Kalau sign cek lain cerita, ni surat saman. Hah, hati mana yang melonjak suka? Ditambah pula dengan rasa tidak puas hati kerana pegawai itu adalah sejantina dengan aku! Sikitpun dia tidak menerima alasan aku atas dasar budi bicara. Apalah salahnya, kalau dia menerima dari hati ke hati selayaknya seorang wanita. Benarlah, polis memang satu BPJ (badan pencegah jenayah) yang kadang2 tidak adil.

Pernah aku terdengar banyak cerita dari orang2 yang berpengalaman, bagaimana anak anggota polis sendiri dilepaskan begitu saja atas kesalahan melanggar undang2 jalanraya. Kerana apa? Tentu saja untuk menjaga nama baik pasukan polis. Itulah kisah polis Malaysia. Polis Arab Saudi, Thailand, AS, macam tu jugak ke? Ntahlah, aku tak pasti sebab aku pun belum pernah keluar dari Negara aku sendiri.

Mulai pada hari itu, aku semakin menjadi seorang yang anti-polis..(~_~)

To be continued…………….

2 comments:

emmetRaxor said...

salam..
kesian..
kat yawata tu memang selalu ada roadblock..
nasib tak baik kena la tahan..
hehehehe...

:: lavender :: said...

mmg kesian..polis la ni xcukup makan kot. sampai kat blakang yawata tu pon jadi qeja!
adoi..
mmg berdendam nih! (@_@)